Pelbagai inisiatif telah disediakan kepada rakyat Selangor tetapi mungkin bagi perkhidmatan Wifi Smart Selangor, masih lagi ramai yang belum tahu dan tidak tahu cara untuk menggunakannya.
Baca juga: 4 Inisiatif Utama Pakej Kita Selangor Bakal Di Manfaatkan Orang Ramai Sepanjang PKP
Jadi, sepanjang musim PKP 2.0 dan perlu bekerja, belajar dari rumah, sesuai untuk anda manfaatkan Wifi Smart Selangor ini kerana ianya percuma sahaja.
Tapi, sebelum guna, daftar dahulu ya.
CARA DAFTAR & LOGIN WIFI SMART SELANGOR
Isi Kandungan
Untuk membuat pendaftaran, anda perlu:
- Check dan semak lokasi
- Wifi Smart Selangorku akan kelihatan
- Sambungkan dengan telefon anda
- Masukkan nama, emel dan nombor telefon anda
- Setelah siap, login seperti biasa
- Selamat menggunakannya!
SENARAI LOKASI WIFI SMART SELANGOR
Dapatkan senarai lokasi Wifi Smart Selangor dengan klik pautan berikut:
Untuk pengetahuan anda, hotspot yang memancarkan WiFi dipasang di sekitar Negeri Selangor dan jumlah dan lokasi hotspot akan ditambah secara berperingkat-peringkat mengikut keutamaan seperti:
- Kawasan tumpuan orang ramai
- Kawasan kampung
- Kawasan tumpuan para pelajar
- Kawasan golongan yang berpendapatan rendah di Selangor
Juga rujuk: Pelajar Bakal Terima 40,000 Sim Kad Percuma Mac 2021 Nanti
Semoga inisiatif yang disediakan ini memberi manfaat untuk anda sepanjang PKP 2.0 dan hari-hari yang mendatang.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.