Sedang sibuk melayari internet ketika bekerja dari rumah, anak-anak turut mengadu bahawa mereka kelas online mereka turut tergendala akibat gangguan internet.
Jadi, apa yang perlu dibuat untuk melancarkan kembali pembelajaran anak-anak secara online serta urusan kerja yang dilakukan dari rumah?
Tidak mungkin anda perlu membeli modem yang baru dan sebagainya. Tetapi pihak SKMM telah memberikan cara yang betul sebagai panduan untuk anda membuat aduan sekiranya mempunya masalah internet dikawasan anda.
CARA REPORT MASALAH INTERNET KEPADA SKMM
Isi Kandungan
Untuk membuat report mengenai masalah internet yang berlaku, anda hanya perlu membuat aduan seperti berikut:
- Buat aduan kepada syarikat telekomuni atau penyedia internet terlebih dahulu.
- Jika tiada maklumbalas, sila buat aduan ke portal Aduan SKMM di 1800 188 030 atau https://aduan.skmm.gov.my/.
- Klik ADUAN BARU.
- Isikan maklumat dengan tepat.
- Upload dokumen jika ada.
- Masukkan SIMBOL dan tandakan √ pada kotak pengesahan maklumat.
- Seterusnya klik HANTAR / SUBMIT.
- SKMM akan mengambil tindakan dengan memberi masa selama 3 hari untuk membalas aduan pengguna.
- Jika syarikat telekomunikasi gagal menyediakan laporan, mereka akan didenda.
JENIS REPORT YANG BOLEH DILAKUKAN
Jenis report yang boleh anda adukan ialah:
- Telekomunikasi
- Penyiaran
- Perkhidmatan Pos/kurier
- Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP)
BANTUAN GAJET & INTERNET
Terdapat beberapa bantuan gajet dan internet disalurkan kepada pelajar dan orang ramai seperti berikut:
- YTL Foundation: Cara Mohon Bantuan Telefon Pintar 2021 & Syarat Kelayakan
- Laptop & Tablet Diberi Mulai Februari Untuk PdPR Melalui Inisiatif Cerdik Yayasan Hasanah
- Laptop Terpakai Untuk Pelajar Kurang Mampu Belajar Kelas Online. Mohon Sekarang
- Pelajar Bakal Terima 40,000 Sim Kad Percuma Mac 2021 Nanti
- Internet 1GB Percuma Lanjut Sehingga April 2021 Turut Dinikmati Pelajar IPT
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Dapatkan maklumat seterusnya dan buat aduan anda di:
- JABATAN PERLINDUNGAN DAN BIRO ADUAN PENGGUNA
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
MCMC Tower 1, Jalan Impact, Cyber 6, 63000 Cyberjaya Selangor Darul Ehsan, Malaysia - Talian Aduan : 1800 – 188 – 030
- Faksimili : 03 – 8688 1880
- SMS : SKMM ADUAN [Butiran Aduan] SMS ke 15888
- WhatsApp Tip-Off MCMC: 016 – 220 6262
- Emel: [email protected]
- Laman Web: https://www.skmm.gov.my
- Masa Operasi: 08:30pg-05:30ptg Isnin – Jumaat
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.