Pinjaman Mudah Tanpa Faedah Sehingga RM5,000 Kepada Pengusaha Pelancongan & Rider Negeri Kedah
Bagi meringankan beban pengusaha pelancongan dan rider Negeri Kedah, kerajaan negeri telah menawarkan pinjaman mudah tanpa faedah kepada pengusaha pelancongan dan golongan penghantar makanan atau rider yang terpilih.
Selain daripada itu, Kerajaan Negeri Kedah melalui Lembaga Zakat Negeri Kedah turut membuka permohonan Bantuan Guru Agama Kampung untuk memastikan kebajikan mereka terjaga sepanjang pandemik Covid-19 ini.
Rujuk: Bantuan Guru Agama Kampung Lembaga Zakat Negeri Kedah. Mohon Sekarang
Bagi anda yang ingin membuat permohonan pinjaman mudah tanpa faedah Kerajaan Negeri Kedah, teruskan bacaan anda disini dan untuk maklumat selanjutnya.
TUJUAN PINJAMAN TANPA FAEDAH
Isi Kandungan
Tujuan utaman pinjaman tanpa faedah Negeri Kedah ini diperkenalkan adalah:
- Untuk meringankan beban pengusaha pelancongan dan golongan penghantar makanan yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19.
JUMLAH PINJAMAN TANPA FAEDAH NEGERI KEDAH
Jumlah pinjaman tanpa faedah yang ditawarkan adalah:
- Maksimum sehingga RM5,000
GOLONGAN SASARAN PINJAMAN TANPA FAEDAH NEGERI KEDAH
Golongan sasaran untuk pinjaman tanpa faedah ini ialah:
- Pengusaha pelancongan
- Penghantar makanan
Dijangkakan seramai 400 individu yang akan membuat permohonan pinjaman ini untuk menampung pendapatan mereka yang terjejas.
KAEDAH PEMBAYARAN PINJAMAN
Kaedah pembayaran pinjaman adalah secara:
- Bayaran tunai yang dikreditkan ke akaun pemohon yang berjaya
Segala urusan pinjaman akan diuruskan Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUK)
CARA MOHON PINJAMAN TANPA FAEDAH UPUK
Untuk membuat permohonan pinjaman tanpa faedah UPUK, sila layari:
TABUNG KHAS WANITA (TKW) NEGERI KEDAH
Sementara itu, kelulusan bantuan modal menerusi Tabung Khas Wanita (TKW) Negeri kedah akan dipercepatkan kepada pemohon yang layak sebanyak:
- RM500 seorang
Setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), dijangka 27 wanita boleh menerima bantuan menerusi tabung itu.
Baca juga: Lembaga Zakat Kedah: Skim Bantuan Awal IPT 2021. Semak Kelayakan & Mohon Disini
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pinjaman tanpa faedah kepada pengusaha pelancongan dan golongan penghantar makanan, sila hubungi Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUK) di:
- 04 735 0069 / 04 7350120
- [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.