Cara Mohon Bantuan Dermasiswa Lembaga Zakat Negeri Kedah Pengajian Ke Mesir, Jordan & Indonesia

Lembaga Zakat Negeri Kedah mengalu-alukan pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di Mesir, Jordan dan Indonesia untuk memohon Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah sebelum tarikh tutup pada 31 Mac 2021.

Anda digalakkan untuk membuat permohonan secara online melalui laman web rasmi Lembaga Zakat Negeri Kedah bermula 16 Mac 2021.

Dapatkan syarat kelayakan dan cara membuat permohonan melalui artikel yang dikongsikan ini.

Baca juga: Program e-Belia: RM150 Untuk Belia & Pelajar IPT Mulai Jun 2021

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN DERMASISWA LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Anda boleh terus membuat permohonan untuk Bantuan Dermasiswa Lembaga Zakat Negeri Kedah bermula:

  • 16 Mac 2021 hingga 31 Mac 2021

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN DERMASISWA LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Syarat kelayakan untuk Bantuan Dermasiswa Lembaga Zakat Negeri Kedah adalah seperti berikut:

PENGAJIAN KE MESIR

  • Pemohon mestilah beragama Islam.
  • Pemohon sedang bermastautin/menetap di negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
  • Pemohon tidak mendapat sebarang bentuk tajaan kewangan/dermasiswa/biasiswa daripada mana-mana agensi kerajaan/
    institusi kewangan dalam dan luar negeri Kedah.
  • Bagi pemohon yang mendapat pinjaman adalah LAYAK untuk memohon.
  • Bantuan tidak akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mengulang pengajian dan berada di Pusat Bahasa.
  • Butiran peribadi yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen seperti berikut:
    a. Salinan kad pengenalan pemohon (pelajar).
    b. Salinan kad pengenalan ibu, bapa ATAU penjaga.
    c. Surat akuan belajar Sesi 2020/2021 (Tasdiq) yang diterjemah oleh Pegawai Atase Pendidikan.
    d. Keputusan peperiksaan yang terkini (Sesi 2019/2020) yang diterjemahkan oleh Pegawai Atase Pendidikan.
    e. Salinan akaun bank pemohon.
    Surat akuan pelajar tidak menerima bantuan yang disahkan oleh Pegawai Atase Pendidikan (sila dapatkan format surat daripada Majlis Persatuan Pelajar).

PENGAJIAN KE JORDAN

  • Pemohon mestilah beragama Islam.
  • Pemohon sedang bermastautin/menetap di negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
  • Pemohon tidak mendapat sebarang bentuk tajaan kewangan/ dermasiswa/biasiswa daripada mana-mana agensi kerajaan/institusi kewangan dalam dan luar negeri Kedah.
  • Bagi pemohon yang mendapat pinjaman adalah LAYAK untuk memohon.
  • Pemohon melanjutkan pengajian di peringkat IJAZAH PERTAMA SAHAJA.
  • Bantuan tidak akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mengulang pengajian.
  • Butiran peribadi yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen seperti berikut:
    a. Salinan kad pengenalan pemohon (pelajar)
    b. Salinan kad pengenalan ibu, bapa ATAU penjaga
    c. Surat akuan belajar Sesi 2020/2021 (Tasdiq) yang diterjemah daripada Majlis Persatuan Pelajar
    d. Keputusan peperiksaan yang terkini (Sesi 2019/2020) daripada pihak Universiti atau yang diterjemah oleh Majlis Persatuan Pelajar
    e. Salinan akaun bank pemohon
    f. Surat akuan pelajar tidak menerima bantuan yang disahkan oleh Majlis Persatuan Pelajar (sila dapatkan format surat daripada Majlis Persatuan Pelajar)

PENGAJIAN KE INDONESIA

  • Pemohon mestilah beragama Islam.
  • Pemohon sedang bermastautin/menetap di negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
  • Pemohon tidak mendapat sebarang bentuk tajaan kewangan/dermasiswa /biasiswa daripada mana-mana agensi kerajaan/institusi kewangan dalam dan luar negeri Kedah.
  • Bagi pemohon yang mendapat pinjaman adalah LAYAK untuk memohon
  • Pemohon melanjutkan pengajian di peringkat IJAZAH PERTAMA SAHAJA
  • Bantuan tidak akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mengulang pengajian.
  • Butiran peribadi yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen seperti berikut:
    a. Salinan kad pengenalan pemohon
    (pelajar)
    b. Salinan kad pengenalan ibu, bapa ATAU penjaga
    c. Surat akuan belajar Sesi 2020/2021 daripada pihak Universiti atau daripada Majlis Persatuan Pelajar
    d. Keputusan peperiksaan yang terkini (Sesi 2019/2020) daripada pihak Universiti atau daripada Majlis Persatuan Pelajar
    e. Salinan akaun bank pemohon
    f. Surat akuan pelajar tidak menerima bantuan yang disahkan oleh Majlis Persatuan Pelajar (sila dapatkan format surat daripada Majlis Persatuan Pelajar).

Cara Mohon Bantuan Dermasiswa Lembaga Zakat Negeri Kedah Pengajian Ke Mesir, Jordan & Indonesia

CARA MOHON BANTUAN DERMASISWA LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Permohonan adalah secara online atau anda boleh terus mengisi borang di pautan berikut:

Baca juga: Cara Mohon Penajaan Program Ijazah Dalam Negara PIDN JPA 2021

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN DERMASISWA LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang, MAINPP Tahun 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN LANJUT

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan yang lebih lanjut mengenai Bantuan Dermasiswa Lembaga Zakat Negeri Kedah sila hubungi:

  • Atase Pendidikan Kedah ( bagi penuntut di Timur Tengah ) / Persatuan Pelajar Anak Kedah Mesir / Jordan / Indonesia
    Bahagian Pendidikan
    Aras 5, Menara Zakat, Jalan telok Wan Jah
    05200 Alor Setar
  • Telefon: 1800-88-1740
  • Whatsapp: +60 19-910 6349
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.