Bukan semua orang makan bertambah dengan pelbagai hidangan lauk yang menarik.
Namun, kebanyakan antara kita sukakan makanan yang simple dan mudah dibuat dan ia lebih menyelerakan sehingga makan pun bertambah-tambah.
Nak tahu juga resepi air asam telur rebus ni macam mana nak buat. Tengok je resepi air asam rebus seperti yang dikongsikan dibawah ini ya!
KHASIAT TELUR REBUS
Isi Kandungan
Tahu tak, terdapat pelbagai jenis khasiat telur rebus untuk diet harian anda. Ini khasiat telur yang anda perlu tahu.
- Protein sangat penting untuk kesihatan kita, termasuklah untuk membina otot dan tulang dan menghasilkan hormon dan enzim.
- Telur menyediakan kira-kira 6 gram protein berkualiti tinggi. Sebenarnya, telur adalah salah satu sumber protein terbaik yang boleh di makan.
- Ini disebabkan sifat proteinnya yang lengkap, telur mengandungi kesemua sembilan asid amino penting.
- Jadi tak hairanlah mengapa pengamal diet mengambil telur rebus sebagai sajian protein utama mereka.
RESEPI AIR ASAM TELUR REBUS
Jangan buang masa, inilah resepi untuk anda menyediakan air asam telur rebus yang sangat menyelerakan.
Bahan-bahan
- Telur
- Cili api
- Bawang besar
- Tomato
- Asam jawa
- Garam
- Perisa ajinomoto
- Air suam
Cara penyediaan
- Rebus telur selama 7 minit sahaja.
- Pastikan periuk tidak terlalu besar, pastikan air sama paras dengan telur dan buka api yang paling besar.
- Hiris atau cincang cili api, bawang besar dan tomato.
- Kemudian masukkan air asam dan letakkan garam, perisa dan sedikit air suam. Sesuaikan dengan kuantiti telur yang anda rebus.
- Biarkan selama 15 minit agar segala rasa meresap ke dalam telur.
- Sedia untuk dihidang!
MASA SESUAI REBUS TELUR
Nak rebus telur dengan cantik mengikut masa yang sesuai?
Rujuk je gambar dibawah.
RESEPI-RESEPI BOLEH DICUBA
Anda juga boleh mencuba beberapa resepi viral yang boleh anda cuba seperti yang dikongsikan disini:
- Jom Makan Secara Sihat! Ini Resepi Ikan Talapia Bakar Kunyit. Boleh Cuba Untuk Makan Tengahari
- Peminat Seafood Mesti Suka Resepi Udang Spicy Sweet Sour Ini. Celur-Celur, Siap!
- Resepi Kopi Viral Sepanjang PKP 3.0. Tak Susah & Tak Perlu Keluar Rumah Lagi Dah!
- Resepi Popia Simpul Kasih Serunding Ikan. Mudah & Semestinya Sedap!
- Lebih Sedap Dari Pasar Malam. Resepi Roti John Homemade Paling Sedap.
- Buat Meatball Guna Resepi ‘Bocor’ Dari IKEA. Sebijik Rasa Macam Makan Di IKEA.
Wah! Macam-macam resepi ada ya. Selamat mencuba!
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.