Akses Perkhidmatan Tabung Haji Melalui 4 Rakan Strategik, Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank & CIMB

Tahukah anda bahawa anda boleh membuat urusan perkhidmatan Tabung Haji melalui 4 rakan strategiknya?

Siapakah rakan strategik Tabung Haji yang dimaksudkan?

Jom kita lihat apakah perkhidmatan Tabung Haji yang boleh dilakukan melalui 4 rakan strategik TH untuk melancarkan urusan anda.

Baca juga: Semak Baki Tabung Haji Guna Maybank2u & Transfer Secara Online Sahaja Dengan Guna Cara Ini Sahaja

4 RAKAN STRATEGIK TABUNG HAJI

Selain di kaunter-kaunter TH dan UTC, pendeposit juga boleh melakukan transaksi TH di kaunter-kaunter Uniteller, Automated Teller Machine (ATM), Cash Deposit Machine (CDM) dan Perbankan Internet rakan strategik TH iaitu:

  • Bank Islam
  • Bank Rakyat
  • Maybank
  • CIMB Bank

CARA AKTIFKAN LINK AKAUN TABUNG HAJI

Sebelum gunakan perkhidmatan Tabung Haji melalui 4 rakan strategik Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB Bank, anda perlu aktifkan link Akaun TH terlebih dahulu.

Cara-cara untuk aktifkan link Tabung Haji melalui kad ATM Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB Bank melalui mesin ATM seperti langkah-langkah berikut:

  1. Pilih menu Tabung Haji
  2. Pilih menu Daftar / Link Akaun Tabung Haji
  3. Masukkan maklumat-maklumat yang diminta:
    • Nombor Akaun Tabung Haji
    • Nombor Kad Pengenalan
  4. Selesai

Baca juga: Transfer Duit Ke Tabung Haji Dari CIMB Automatik Setiap Bulan. Ikuti Langkah-Langkah Ini

PEMBATALAN (DE-LINK) KAD ATM

Jika anda ingin membuat pembatalan De-Link kad ATM untuk perkhidmatan Tabung Haji, anda boleh lakukan seperti berikut:

BANK ISLAM

Anda boleh batalkan di:

  • Kaunter Bank Islam
  • BIMB Online

BANK RAKYAT

Anda boleh batalkan di:

  • Kaunter Bank Rakyat
  • iRakyat

MAYBANK

Anda boleh batalkan di:

  • Kaunter Maybank

CIMB

Anda boleh batalkan di:

  • ATM CIMB

Setelah pembatalan dilakukan, pendeposit tidak lagi boleh mengakses kepada transaksi TH melalui ATM, CDM dan Perbankan Internet.

Baca juga: Ada Urusan Di Tabung Haji Secara Bersemuka? Buat Janji Temu Secara Online Dahulu, Dapat Tarikh Baru Hadir Ke Cawangan Yang Terdekat

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Tabung Haji melalui 4 rakan strategik Tabung Haji di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.