Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

7 Kegunaan MyKad Yang Perlu Anda Tahu Selain Berfungsi Sebagai Kad Pengenalan Diri

3,206

Rakyat Malaysia yang berumur 12 tahun diwajibkan untuk mendaftar seterusnya memiliki kad pengenalan masing-masing dan menunjukkan bahawa anda adalah warganegara Malaysia yang sah.

Kad pengenalan telah mengalami beberapa evolusi atau perubahan /penambahbaikan bermula dari tahun 1948 sehingga kini iaitu daripada sekeing kertas sehinggalah lebih berkualiti dan canggih serta mempunyai pelbagai kegunaan.

Dapatkan 7 kegunaan MyKad selain daripada Kad Pengenalan diri yang anda perlu tahu.

INFO RINGKAS MYKAD/KAD PENGENALAN

Kad pengenalan pertama di Malaysia telah dikeluarkan pada tahun 1948. Tujuan utama pengeluaran kad pengenalan pada ketika itu adalah untuk menjaga keselamatan negara daripada ancaman komunis dengan mengawal pergerakan orang ramai.

Pengenalan diri telah diwajibkan kepada rakyat Malaysia yang berumur 12 tahun ke atas dan ia telah berjaya menangani pergerakan komunis kerana kebebasan bergerak hanya terhad kepada pemegang kad pengenalan pada waktu itu.

Bermula pada tahun 1960 kad pengenalan mengalami evolusi pertama daripada kad berasaskan kertas diubah kepada kad plastik dan maklumat bertulisan tangan.

Seiring dengan kemajuan negara, usaha mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan juga berterusan hingga tahun 1990 apabila Kad Pengenalan Bermutu Tinggi yang berlapiskan plastik dan foto hitam-putih dihasilkan. Ketika itu, penggunaan sistem pengkomputeran mula diperkenalkan bagi merekod maklumat pemilik.

Pada 1999 pula, JPN telah memperkenalkan Kad Pengenalan Bermutu Tinggi berlapiskan plastik dan foto berwarna kepada setiap pemilik kad.

MAKLUMAT TERDAPAT DALAM MYKAD

Maklumat yang disimpan dalam MyKad adalah:

  • Nama
  • Alamat
  • Bangsa
  • Status kerakyatan
  • Agama (bagi yang Gambar beragama Islam)
  • Minutiae cap jari

7 KEGUNAAN MYKAD

Terdapat 7 kegunaan MyKad yang anda perlu tahu selain daripada menjadi Kad Pengenalan Diri dengan menyimpan pelbagai maklumat, 7 kegunaan Mykad ialah:

DOKUMEN SAH LESEN MEMANDU

  • Semua data lesen memandu seperti tarikh luput, jenis lesen dan kategori lesen boleh di semak melalui Mykad (perlu lakukan pembaharuan lesen melalui Mykad).

7 Kegunaan MyKad Yang Perlu Anda Tahu Selain Berfungsi Sebagai Kad Pengenalan Diri

PASPORT 

  • Ia juga boleh digunakan sebagai pasport yang sah untuk urusan keluar dan masuk di pintu kawalan Imigresen Malaysia sahaja dengan menggunakan laluan Autogate.

APLIKASI PRASARANA KEKUNCI AWAM (PKI)

  • Aplikasi Prasarana Kekunci Awam (PKI) memuatkan Sijil Digital dan Kekunci Per-sendirian di dalam MyKad. Sijil Digital ini membolehkan empat transaksi dilakukan secara elektronik seperti:
    – Pengesahan: Orang lain tidak boleh menyamar sebagai anda
    – Pembuktian: Tandatangan digital sebagai bukti sah transaksi
    – Sulit: Maklumat sulit boleh dienkrip sebagai sulit
    – Integriti: Tiada pihak ketiga boleh mengubah sebarang maklumat

TOUCH n GO

  • Touch ‘n Go adalah aplikasi dompet elektronik yang menggunakan ciri contactless. Aplikasi ini digunakan untuk pembayaran kerana ianya cepat dan mudah dan boleh digunakan di tempat seperti:-
    – Plaza tol lebuhraya
    – Pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT), RapidKL
    – Tempat letak kereta
    – Taman tema

7 Kegunaan MyKad Yang Perlu Anda Tahu Selain Berfungsi Sebagai Kad Pengenalan Diri

DOKUMEN KESIHATAN

  • Menyimpan maklumat asas kesihatan seperti:
    – Jenis darah
    – Alahan
    – Organ implan
    – Penyakit kronik
    – Maklumat waris atau ahli keluarga terdekat

e-TUNAI

  • Anda boleh membuat urusniaga serta transaksi MEPS Cash yang membolehkan anda membuat bayaran tanpa tunai untuk jumlah tidak melebihi RM2,000.

KAD ATM

  • Anda juga boleh melakukan urusan pengeluaran duit atau urusan perbankan di mana-mana ATM yang mempunyai logo MEPS Cash.

Jadi, anda boleh mengurangkan kad di dalam dompet kerana MyKad anda mempunyai pelbagai fungsi dan kegunaan serta menggantikan kad-kad yang ada.

7 Kegunaan MyKad Yang Perlu Anda Tahu Selain Berfungsi Sebagai Kad Pengenalan Diri

Baca juga: Pilih Kedai Murah Dengan Telefon Bimbit Anda Melalui Aplikasi Price Catcher KPDNHEP

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...