Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Intipati Pencerahan Sidang Media Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin Mengenai Persekolahan Berikutan PKP 3.0

1,628

Berikutan pelaksanaan PKP 3.0 atau Total Lockdown yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri akibat peningkatan kes Covid-19, ianya sangat memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk murid-murid sekolah dari tadika sehingga sekolah menengah.

Oleh itu, Menteri Kanan Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Radzi Jidin telah membuat sidang media khas untuk menjelaskan mengenai perubahan takwim persekolah serta perkara-perkara penting yang berkaitan termasuk ujian dan peperiksaan.

Dapatankan intipati mengenai sidang media khas pencerahan sesi persekolahan dan berkaitan pendidikan disini.

INTIPATI PENCERAHAN SIDANG MEDIA MENTERI KANAN PENDIDIKAN

Antara intipati yang sangat penting untuk diambil maklum oleh kita semua sepanjang tempoh PKP 3.0 ini ialah:

1. Perubahan Takwim Persekolahan

  • Sesi pembelajaran dan pengajaran di rumah (PDPR) akan dilaksanakan selepas cuti penggal persekolahan pada 13 Jun dan 14 Jun dalam tempoh 25 hari sehingga 16 Julai.

2. Cuti Pertengahan Penggal

  • Cuti pertengahan penggal sekolah pula akan bermula pada 17 Julai hingga 25 Julai 2021.

3. Kurikulum Dijajarkan

  • Selain itu, kokurikulum pula akan dijajarkan melalui konsep penjajaran kurikulum iaitu penekanan kandungan asas kemudian kepada kandungan tambahan, dan seterusnya kandungan pelengkap. Guru lebih mengetahui kebolehan dan keupayaan anak didik mereka, kemudiannya barulah kemenjadian murid.

4. TV Pendidikan:

TV Pendidikan akan dijadualkan seperti berikut:

  • TV Okey RTM:  2 jam setiap hari.
  • Astro Tutor TV: 4 jam setiap hari.
  • DidikTV KPM: 15 jam setiap hari.

5. Sokongan Semua PIhak

  • Kerjasama perlu diberikan oleh murid, guru, ibu bapa atau penjaga seperti kaunseling murid dan guru, bimbingan rakan sebaya, kursus dan latihan kepada guru, komunikasi ibu bapa/penjaga dengan pihak sekolah dan PIBG.

6. Inisiatif Cerdik, Projek Rintis Peranti 

  • Komputer riba dan sambungan data akan diberikan. Sebanyak 12,887 komputer sudah diagihkan manakala 40,290 komputer akan diagihkan selewat-lewatnya 12 Jun 2021. Bakinya, 96,823 unit komputer pula selesai pada akhir September 2021 (keseluruhan 150,000 unit).

7. Rayuan Sekolah Khusus

Setiap murid yang memohon SBP, SMKA, KV, SMT, SMPKV boleh membuat  semakan bermula:

  • 8 Jun 2021.
  • Pendaftaran dalam talian pada 13 dan 14 Jun 2021.

8. SPM 2021

Tarikh SPM 2021 adalah bermula pada:

  • Ujian lisan: Februari 2022
  • Peperiksaan bertulis: Mac 2022

Baca juga: Terkini! Takwim Persekolahan Kementerian Pendidikan https://kini.my/takwim-persekolahan-kpm-2021/Malaysia (KPM) 2021, PKP 3.0

INFOGRAFIK INTIPATI SIDANG MEDIA KHAS KPM

Rujuk infografik berikut untuk agar anda lebih faham mengenai pencerahan sidang media khas KPM serta perkara yang ingin disampaikan kepada murid, ibu bapa dan guru mengenai perjalanan pendidikan negara ketika ini:

Intipati Pencerahan Sidang Media Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin Mengenai Persekolahan Berikutan PKP 3.0

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...