Eh, ini butter ke ini marjerin? Nampak macam sama je. Nak pilih yang mana untuk buat kek dan kuih ni. Kalau silap beli, lain pula jadinya.
Nampak macam remeh, tapi pentingnya untuk tahu kegunaan butter dalam masakan anda. Jangan pula anda pilih yang berjenama dan mahal semata-mata untuk jadikan kek atau biskut sedap. Tetapi pastikan anda pastikan dahulu kegunaan butter tersebut.
Perbezaan Butter Dan Marjerin
Isi Kandungan
Terdapat beberapa perbezaan antara butter dan marjerin. Mari kita lihat perbezaannya.
Bahan utama
Butter adalah sejenis produk tenusu manakala marjerin tidak diperbuat daripada hasil tenusu. Maka, sesiapa yang alah pada produk tenusu boleh menggunakan marjerin sebagai alternatif. Marjerin juga sesuai bagi orang yang mengamalkan diet vegetarian.
Marjerin
Diperbuat daripada minyak sayuran, garam dan emulsifier (bahan penstabil). Marjerin asalnya mendapat nama tersebut daripada sejenis lemak asid yang digelar margaric acid yang terbentuk melalui proses pembuatannya.
Butter
Diperbuat daripada susu atau krim. Perkataan butter pula berasal daripada istilah Greek iaitu boutoron yang bermaksud keju lembu.
Rasa
Walaupun rasa kedua-duanya mungkin sukar dibezakan, namun ianya memiliki rasa yang tersendiri.
Marjerin
Rasa marjerin lazimnya bergantung kepada jenis minyak yang digunakan dalam pembuatannya. Jadi anda perlu tengok labelnya betul-betul. Selalunya produk yang mengandungi kandungan lemak yang lebih tinggi lebih sedap rasanya. Ini kerana, jenis yang kurang lemak mengandungi lebih banyak air dan boleh menjejaskan tekstur kek atau biskut.
Butter
Bagi anda yang selalu menggunakan kuantiti banyak untuk membuat biskut atau kek anda mungkin akan terperasan bahawa butter memberikan rasa yang lebih creamy, bau yang wangi serta tekstur yang cantik kepada biskut dan pastri.
Harga
Marjerin
Harga marjerin umumnya jauh lebih murah berbanding butter. Jika mengikut sejarahnya, ia sememangnya dicipta pada tahun 1869 sebagai alternatif mampu milik kepada butter.
Antara jenama marjerin terkenal di Malaysia adalah Planta, Daisy, dan Naturel.
Butter
Harga butter biasanya lebih mahal, terutamanya yang dilabelkan sebagai pure butter.
Antara jenama pure butter yang terkenal di Malaysia adalah jenama Anchor, Golden Churn, dan Emborg
Nota : Terdapat juga produk campuran marjerin dan butter atau produk yang dilabel sebagai lepa susu. Ramai yang keliru dan menganggap ia adalah butter. Antara jenama yang termasuk dalam kategori ini adalah Buttercup dan Butterlite.
Kategori Butter
Terdapat 2 kategori butter iaitu :
- Non-Pure Butter
- Pure Butter
Non-Pure Butter
- Buttercup
- FarmCows
- TwinCows
Pure Butter
- Anchor
- Tatura
- SCS
- Emborg
- Golden Churn
- Western Star
- Philadelphia
- Kerrygold
Petua Untuk Membeli Butter
Caranya mudah sahaja untuk anda membeli butter. Anda hanya gunakan 2 perbezaan di atas sahaja iaitu :
- Lihat dan pastikan bahan utama
- Lihat harga butter
Dan semua jenis butter atau marjerin ini boleh didapati di kedai bahan membuat kek dan biskut serta di pasaraya seluruh Malaysia.
Jadi, selepas ini bolehlah anda semua buat biskut dan kek raya yang sedap sebagai juadah hari raya.
Semoga perkongsian ini membantu anda untuk mendapatkan pilihan butter yang lebih sesuai dengan kegunaannya.
Selamat mencuba.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.