Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Semakan SPA8i: Cara Memohon & Kemaskini Kerja Kerajaan Jawatan Kosong Terkini

0 5,705

Berikut adalah panduan pendaftaran pekerjaan dalam perkhidmatan awam melalui borang SPA8i.

Cara mohon kerja kerajaan & semakan SPA8i telah dikemaskini 2018 hasil rujukan portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia (SPA).

Untuk makluman, tempoh sah laku pendaftaran calon adalah satu tahun sahaja.

Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:

  • Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
  • Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
  • Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.

Permohonan jawatan melalui borang SPA8i juga terhad kepada 15 jawatan sahaja.

Semakan SPA8i 2018/2019

semakan spa8i

Bagi mengisi borang SPA8i secara online, anda perlu mendapatkan MyID dengan cara klik “Daftar MyID Baru” seperti tertera di atas.

Skrin daftar akaun baru akan dipaparkan seperti di bawah:

daftar spa8i online

Pastikan anda mengisi semua maklumat yang diperlukan terutama yang bertanda *.  Nombor kad pengenalan dan nama penuh mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan.

Nombor telefon dan alamat emel yang dimasukkan mestilah yang masih aktif kerana semua penghantaran notis dan surat panggilan adalah melalui telefon dan emel.

Pemohon yang telah berjaya Log Masuk sudah boleh mengisi borang SPA8i dan pemohon juga dinasihatkan supaya membaca terlebih dahulu Maklumat Jawatan di Portal SPA sebelum memohon bagi mengelakkan pemohon memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki.

Rujuk Maklumat Jawatan (Gaji / Syarat Lantikan / Deskripsi Tugas) sebelum mendaftar.

Antara maklumat yang perlu diisi pemohon termasuklah:

  • Maklumat Pemohon
  • Maklumat Akademik (PT3, SPM, STPM dan sebagainya)
  • Maklumat Ko-Kurikulum
  • Maklumat Tambahan seperti kebolehan bahasa

Bagi pegawai yang sedang berkhidmat, anda perlu mendapatkan pengesahan Ketua Jabatan (Lampiran A) dan Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan (Lampiran D) hendaklah dibawa semasa temuduga.

Borang SPA8i juga digunakan untuk memohon jawatan kosong Polis Diraja Malaysia.

Semakan Permohonan

Pemohon yang telah berdaftar boleh menyemak status permohonan menggunakan pautan “Semakan Permohonan”.

Sekiranya paparan “Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan” bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.

Jika paparan “Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPA iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian bagi tujuan mengimbangi bilangan kekosongan jawatan dan bilangan calon yang layak memohon jawatan berkenaan.

Antaranya adalah kredit dalam matapelajaran tertentu. Dalam perkara ini, SPA menetapkan hanya calon-calon yang terbaik dikalangan pemohon yang akan dipanggil temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

Download manual pengguna ini untuk info lanjut tentang proses pendaftaran SPA8i.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...