Pelaut yang terjejas dengan bencana banjir dipelawa untuk memohon permohonan Bantuan Bencana Banjir (KWPPL) 2021.
Permohonannya adalah sangat mudah kerana pelaut yang terjejas hanya perlu membuat permohonan secara online sahaja mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
Dapatkan borang disini dan ikuti langkah-langkah untuk membuat permohonan Bantuan Bencana Banjir (KWPPL) 2021.
INFO PERMOHONAN BANTUAN BENCANA BANJIR BANTU PELAUT TERJEJAS
Isi Kandungan
Susulan fenomena musim Monsun Timur Laut yang melanda Malaysia, sebanyak 8 negeri dilaporkan terjejas banjir iaitu negeri:
- Kelantan
- Terengganu
- Pahang
- Kuala Lumpur
- Selangor
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Perak
Jabatan Laut Malaysia (JLM) turut mengambil berat akan keperihan para pelaut yang terjejas akibat bencana banjir ini melalui Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL) membuka permohonan Bantuan Bencana Banjir khas kepada pelaut.
SYARAT PERMOHONAN
Syarat permohonan yang telah ditetapkan pula adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Pelaut yang berdaftar dengan Jabatan Laut Malaysia
- Laporan Polis
- Kad Pelaut
CARA MOHON
Sekiranya layak, anda boleh membuat permohonan seperti berikut:
- Permohonan bantuan pelaut ini mestilah dilakukan secara rasmi oleh pelaut yang layak.
- Permohonan hendaklah dikemukakan dengan borang yang lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.
- Klik Save PDF setelah borang diisi lengkap. Penghantaran permohonan dilakukan secara emel kepada [email protected] dengan tajuk emel tersebut dinyatakan sebagai :
‘BANTUAN BENCANA BANJIR KWPPL <nama pemohon>’
Contoh tajuk emel yang perlu ditulis jika nama pemohon ialah Johan Sufian
BANTUAN BENCANA BANJIR KWPPL JOHAN SUFIAN
- Hanya permohonan yang lengkap dan dihantar melalui emel sahaja yang akan diproses.
- Hanya pemakluman bagi permohonan yang berjaya, yang akan diberikan maklum balas rasmi oleh sekretariat KWPPL melalui emel.
- Keputusan akhir KWPPL bagi status permohonan bantuan ini adalah muktamad dan tidak boleh dipertikai.
BORANG PERMOHONAN
Dapatkan borang permohonan disini:
Terdapat bantuan-bantuan lain yang diberikan oleh pihak kerajaan dan agensi-agensi yang lain kepada mangsa banjir adalah seperti berikut:
- Jenis-Jenis Bantuan & Inisiatif Musibah Banjir Yang Diumumkan Perdana Menteri, Bantuan Wang Ihsan Sehingga RM1,000
- LPPSA Sediakan Pampasan Kerosakan Rumah Yang Terjejas Banjir & Ini Cara Permohonan
- Siapa Layak Mohon Bantuan Wang Ihsan (BWI) Bencana Banjir & Bagaimana Cara Mohon?
- Bantuan Khas RM500 Kepada Mangsa Banjir Di Negeri Pahang. Semua Mangsa Layak Terima Bantuan
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Bantuan Bencana Banjir (KWPPL) 2021 sila ajukan ke Jabatan Laut Malaysia di talian berikut:
- 03-3346 7777
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.