Bantuan Gajet Untuk Anak Nelayan Oleh LKIM. Ini Cara Permohonannya

Walaupun terdapat banyak bantuan berkaitan data internet dan peralatan komputer serta telefon bimbit disediakan untuk kegunaan pelajar yang kurang berkemampuan, Lembaga Kemajuan Ikan Malayasia (LKIM) turut prihatin dengan nasib pelajar terutamanya anak nelayan yang menghadapi masalah yang sama.

Baca juga: Laptop & Tablet Diberi Mulai Februari Untuk PdPR Melalui Inisiatif Cerdik Yayasan Hasanah

Seramai 35,000 nelayan di seluruh negara berpeluang memohon bantuan gajet untuk anak mereka agar dapat mengikuti proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) seperti orang lain.

Teruskan bacaan anda dan dapatkan cara untuk membuat permohonan bantuan gajet untuk anak nelayan disini.

PERUNTUKAN KHAS BANTUAN GAJET ANAK NELAYAN

Menurut Pengerusi LKIM Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, LKIM sememangnya menyediakan peruntukan khas untuk membantu pembelajaran anak-anak nelayan dan antaranya ialah Bantuan Khas Gajet kepada anak nelayan.

LKIM amat prihatin dengan situasi semasa ditambah pula setiap pelajar perlu mempunyai gajet untuk PdPR, justeru kita membuka permohonan ini bagi membantu anak-anak nelayan yang kurang berkemampuan.

CARA MOHON BANTUAN GAJET ANAK NELAYAN

Nelayan yang kurang berkemampuan boleh membuat permohonan seperti berikut:

  • Hadir ke Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) atau negeri.
  • Isi borang yang disediakan.
  • Bawa bersama dokumen sokongan yang diperlukan seperti sijil lahir anak, surat sekolah dan dokumen lain yang relevan.

Untuk pengetahuan anda juga, setiap permohonan yang dibuat LKIM akan pertimbangkan bagi memastikan mereka yang layak mendapat bantuan khas ini.

BANTUAN LAIN YANG BOLEH DIPOHON

Selain daripada bantuan yang disedikan LKIM, anda juga boleh membuat permohonan gajet untuk anak-anak seperti berikut:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.