Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon RM5,000 Seorang Bantuan KWSP Bagi Pencarum Yang Tidak Mampu Bekerja

2,526

Ahli KWSP yang tidak mampu lagi bekerja boleh membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan sebanyak RM5,000 setiap seorang sekiranya layak dan lulus permohonan.

Selain daripada bantuan khairat kematian KWSP sebanyak RM2,500, KWSP juga memberikan bantuan sebanyak RM5,000 kepada pencarum yang tidak mampu lagi bekerja.

Manakala bagi mereka yang hilang punca pendapatan sepanjang pandemik Covid-19 ini, anda boleh keluarkan duit dari Akaun 2 melalui iLestari atau iSinar sebanyak RM10,000.

Seterusnya dapatkan info selanjutnya mengenai bantuan sebanyak RM5,000 sekiranya ahli KWSP tidak lagi mampu untuk bekerja melalui perkongsian ini.

SYARAT PERMOHONAN RM5,000 BANTUAN KWSP

Syarat permohonan RM5,000 bantuan KWSP untuk pencarum yang tidak mmapu bekerja adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak melebihi 60 Tahun.
  • Tempoh perkidmatan akhir sebelum ditamatkan perkhidmatan atau hilang pekerjaan hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan berterusan.
  • Ditamatkan perkhidmatan atau hilang perkerjaan di atas alasan ketidakupayaan untuk bekerja.
  • Mengemukakan permohonan pengeluaran di dalam tempoh 12 bulan dari tarikh ditamatkan perkhidmatan atau hilang pekerjaan.

Cara Mohon RM5,000 Seorang Bantuan KWSP Bagi Pencarum Yang Tidak Mampu Bekerja

Untuk pengeluaran baki simpanan pula, syarat yang ditetapkan ialah:

Merupakan warganegara malaysia

  • Dibawah umur 60 tahun.
  • Mempunyai simpanan di dalam akaun KWSP..
  • Tidak lagi bekerja.
  • Disahkan oleh pegawai perubatan telah hilang keupayaan fizikal atau mental.
  • Mesti dinilai oleh lembaga perubatan KWSP. Temujanji penilai oleh Lembaga Perubatan KWSP.akan ditetapkan ketika penyerahan permohonan di kaunter.
Nota: Pihak KWSP berhak untuk membuat pengesahan semua laporan perubatan yang dikemukakan dengan institusi perubatan yang berkenaan. Jika Lembaga Perubatan KWSP berpendapat bahawa ahli tersebut tidak dapat menjaga hal ehwal diri sendiri ataupun hal ehwal kewangannya, pembayaran boleh dilakukan kepada mana-mana orang yang layak mengikut pertimbangan KWSP.

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN RM5,000 BANTUAN KWSP

Lengkapkan permohonan untuk bantuan KWSP RM5,000 anda dengan menyertakan bersama dokumen sokongan seperti berikut:

  • Borang KWSP 9L (AHL) & Senarai Semak Dokumen 
  • Borang KWSP 3 (Pindaan): Penghantaran melalui pos/ pengesahan cap ibu jari gagal.
  • Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal.
  • Tandatangan, nama penuh, jawatan, nombor pendaftaran MMC/MPM dan bidang pegawai perubatan yang merawat pada laporan penuh perubatan asal dari Institusi Perubatan.
  • Buku bank / Penyata akaun simpanan / Penyata akaun semasa / Surat pengesahan aklumat pemegang dari akaun bank/ Maklumat pemegang akaun
  • Bukti surat ditamatkan perkhidmatan dari majikan (wajib untuk sektor awam / pilihan sektor lain)
Nota: Sila pastikan semua salinan dokumen telah DISAHKAN dan DIAKUI oleh orang yang diberi kuasa. (Lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP)

CARA PERMOHONAN RM5,000 BANTUAN KWSP

Untuk permohonan bantuan KWSP RM5,000 atau pengeluaran baki simpanan, anda boleh terus ke:

  • Cawangan KWSP yang terdekat dan bawa bersama dokumen sokongan yang diperlukan.

CARA PEMBAYARAN RM5,000 BANTUAN KWSP

Terdapat 2 jenis pembayaran iaitu:

Bayaran Dalam Negara

  • Wang bantuan atau baki simpanan akan dikreditkan terus ke dalam akaun anda. Oleh itu pastikan akaun bank anda aktif dan nombor kad pengenalan anda sama dengan rekod bank.
  • Jika bayaran gagal, anda akan diberikan Cek Jurubank.

Bayaran Luar Negara

  • Bayaran akan dibuat mellaui Draf Bank Asing mengikut wata wang yang anda tetapkan dan terdapat dalam senarai mata wang yang disahkan.
  • Draf Bank Asing adalah di dalam mata wang USD sekiranya mata wang pilihan tiada dalam senarai  yang disahkan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika anda ingin dapatkan maklumat selanjutnya mengenai bantuan RM5,000 KWSP dan pengeluaran baki simpanan, sila layari:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...