Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Bantuan Projek Pembangunan Industri Ternakan. Dapatkan Borang Permohonan Disini

895

Pemilik haiwan ternakan di seluruh negeri Pulau Pinang dipelawa untuk memohon Bantuan Pembangunan Projek Industri Ternakan yang telah dibuka permohonannya.

Anda juga boleh membuat permohonan dengan memuat turun borang permohonan yang dikongsikan disini.

Pastikan anda membaca syarat-syarat permohonan sebelum membuat permohonan Bantuan Pembangunan Projek Industri Ternakan.

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN PEMBANGUNAN PROJEK INDUSTRI TERNAKAN

Pmilik haiwan ternakan boleh membuat permohonan Bantuan Pembangunan Projek Industri Ternakan mulai:

  • 1 Oktober hingga 30 November setiap tahun

Baca juga: [Bantuan Rawatan Asnaf] Rawatan Percuma Golongan B40 Di 2 Fasiliti Milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

SYARAT PERMOHONAN

Pastikan anda membaca syarat permohonan terlebih dahulu. Syarat permohonannya ialah:

  • Penternak kelahiran Negeri Pulau Pinang atau bermaustatin di Pulau PInang sekurang-kurangnya 5 tahun.
  • Projek sedang dilaksanakan di Negeri Pulau Pinang dan telah berdaftar dengan Jabatan (Mempunyai ID Premis).
  • Menjalankan bidang penternakan secara sepenuh masa atau separuh masa.
  • Pemohon yang telah menerima bantuan jabatan sekurang-kurangnya 3 tahun lepas tidak layak menerima bantuan yang sama.
  • Tapak projek bersesuaian dan mempunyia hak pemilikan tanah yang sah. Sekiranya tapak yang dimiliki adalah disewa, pemohon perlu menyertakan surat/dokumen perjanjian penyewaan serta maklumat yang berkaitan.
  • Mempunyai lesen Pihak Berkuasa tempatan (PBT) bagi permohonan bantuan ternakan hidup dan infrastruktur kandang melainkan diputuskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Bantuan.
  • Ternakan ruminan (lembu/kerbau/kambing/bebiri) di ladang WAJIB mempunyai tanda pengenalan haiwan.
  • Boleh bekerjasama serta bersetuju menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang.
  • Setiap pemohon perlulah mengisi borang permohonan yang disediakan oleh jabatan yang disediakan di Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah.
  • Permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan Bantuan dan bantuan akan dipertimbangkan kepada yang layak jika peruntukan ada pada tahun berkenaan.
Nota: Permohonan yang dihantar mempunyai hak untuk diterima atau ditolak oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang. Kelulusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon setelah keputusan diterima. Jika tiada makluman dari Jabatan, permohonan anda dianggap tidak berjaya.

JENIS BANTUAN

Terdapat 3 jenis Bantuan Pembangunan Projek Industri Ternakan iaitu:

  1. Pembangunan Industri Ruminan
  2. Pembangunan Industri Nilai Tinggi
  3. Pembangunan Ternakan Unggas

Cara Mohon Bantuan Projek Pembangunan Industri Ternakan. Dapatkan Borang Permohonan Disini

CARA MOHON

Untuk membuat permohonan, anda boleh muat turun borang permohonan di pautan berikut:

  • Lengkapkan permohonan dan sertakan bersama dokumen yang diperlukan.
  • Dokumen tersebut ialah:a) Salinan Kad Pengenalan Pemohon
    b) Salinan Geran Tanah (Tanah Sendiri)/Salinan Perjanjian Sewaan Tanah/Surat Kebenaran Guna Tanah (Tanah Milikan Bersama)
    c) Lesen PBT yang sah dan tidak tamat tempoh

SENARAI PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR PULAU PINANG

Pemohon boleh menghantar permohonan ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah seperti berikut:

  • Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Seberang Perai Utara, Pokok Sena, Kepala Batas
  • Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Seberang Perai Tengah, Cherok Tokun, Bukit Mertajam
  • Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Seberang Perai Selatan, Sungai Jawi
  • Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Barat Daya, Balik Pulau
  • Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Timur Laut, Jalan Kampung Jawa Baru

Baca juga: Cara Mohon Program Bantuan Kewangan One-Off EMP Ihsan Zakat Pulau Pinang

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Bantuan Pembangunan Projek Industri Ternakan boleh ajukan persoalan di:

  • Pejabat Perkhdimatan Veterinar Daerah Seberang Perai Utara: 04-5732616
  • Pejabat Perkhdimatan Veterinar Daerah Seberang Perai Tengah: 04-5394104
  • Pejabat Perkhdimatan Veterinar Daerah Seberang Perai Selatan: 04-5824366
  • Pejabat Perkhdimatan Veterinar Daerah Barat Daya: 04-8668231
  • Pejabat Perkhdimatan Veterinar Daerah Timur Laut: 04-2285734
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...