Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bantuan RM500 One-Off Kepada Pemandu Teksi, Bas & e-Hailing Mula Dibayar Secara Berperingkat

1,367

Bantuan RM500 kepada pemandu teksi, bas, kereta sewa dan e-hailing telah mula dikreditkan ke akaun pemohon masing-masing bermula 22 Februari 2021 dan ianya adalah secara berperingkat sehingga 15 Mac 2021.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata bantuan menerusi Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) itu membabitkan kira-kira 110,000 penerima dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM55 juta.

Tujuan pemberian wang bantuan ini adalah untuk membantu golongan ini yang terjejas pendapatannya sepanjang tempoh PKP 2.0.

Baca juga: RM500 Kepada Pemandu Teksi, Kereta Sewa, Bas Persiaran, Bas Sekolah & e-Hailing Secara Automatik

GOLONGAN SASARAN BANTUAN RM500

Bantuan sebanyak RM500 ini akan dimanfaatkan oleh golongan berikut:

  • Pemandu pelancong
  • Pemandu teksi
  • Pemandu bas sekolah
  • Pemandu bas persiaran
  • Pemandu kereta sewa
  • Pemandu e-hailing

Bantuan RM500 Untuk Pemandu e-Hailing, Pemandu Teksi, Bas & Pemandu Pelancong

JUMLAH BANTUAN KEPADA PEMANDU TEKSI, KERETA SEWA, BAS & E-HAILING

Jumlah bantuan yang diberikan adalah sebanyak:

  • RM500 secara sekali bayar
Nota: Kelulusan adalah secara automatik tanpa melalui saringan kriteria kelayakan.
Bantuan RM500 One-Off Kepada Pemandu Teksi, Bas & e-Hailing Mula Dibayar Secara Berperingkat

PEMBAYARAN SECARA BERPERINGKAT

Untuk makluman juga, pembayaran adalah secara berperingkat seperti berikut:

  • Pembayaran pertama dibuat mulai 22 Februari 2021. Seramai 20,000 pemandu teksi dan kereta sewa menerima bantuan terbabit yang dikreditkan ke dalam akaun mereka.
  • Baki seramai 15,000 lagi akan menerima bantuan terbabit secara berperingkat selewat-lewatnya pada 15 Mac 2021.
  • Baki 75,000 penerima termasuk pemandu e-hailing, bas sekolah dan bas persiaran akan mula menerima bantuan berkenaan secara berperingkat mulai 26 Februari 2021.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai bantuan RM500 secara one-off ini sila hubungi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) di:

  • Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD),
    Aras G, M dan 20 Menara Tun Ismail Mohamed Ali,
    No. 25 Jalan Raja Laut,
    50350 Kuala Lumpur
  • 03 – 2603 6600

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...