Bayaran BPR RM500 Tambahan Sudah Mula Dikreditkan Secara Berperingkat Ke Akaun Penerima. Buat Semakan Secara Online!
Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan sebanyak RM500 sudah boleh membuat semakan pada akaun masing-masing kerana bayaran telah pun dikreditkan ke akaun masing-masing.
Namun, mereka yang tidak lulus permohonan boleh membuat rayuan BPR sehinga 30 Jun 2021 dan boleh dibuat secara online atau ke Kaunter BKK di LHDN yang terdekat dengan anda secara janji temu.
INFO RINGKAS BPR TAMBAHAN RM500
Isi Kandungan
BPR Tambahan merupakan penambahbaikan BPR 2021 dengan tambahan nilai bantuan. Pakej ini disebut dalam Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi Tambahan (PEMERKASA +).
NILAI BANTUAN BPR TAMBAHAN
Berikut adalah nilai bantuan yang akan diterima oleh penerima :
- Pendapatan Isi Rumah bawah RM2500: BPR Tambahan RM500
- Pendapatan Isi Rumah bawah RM5000: BPR Tambahan RM300
- Bujang : BPR Tambahan RM100
TARIKH BAYARAN BPR RM500 TAMBAHAN
Menurut sumber rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pembayaran akan dilaksanakan pada penghujung bulan Jun 2021.
Manakala tarikh sebenar kredit wang ke akaun penerima sudah bermula pada:
- 22 Jun 2021
Pembayaran adalah secara berperingkat mengikut bank masing-masing.
Untuk mengelakkan kekeliruan dan salah faham, sila check akaun bank masing-masing secara online terlebih dahulu sebelum membuat pengeluaran wang.
CARA SEMAKAN BPR RM500 TAMBAHAN
Untuk membuat semakan, sila ikuti langkah-langkah seperti berikut:
- Klik pautan berikut: https://bpr.hasil.gov.my/
- Klik pada LOG MASUK
- Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN anda dan klik SEMAK
- Isikan huruf CAPTCHA yang dipaparkan.
- Masukkan KATA LALUAN yang telah didaftarkan sebelum ini.
- Klik LOG MASUK.
- Klik SEMAK dan skrin akan memaparkan status anda.
Rujuk: BPR 2021: Cara Log Masuk & Buat Semakan Status Permohonan
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Dapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan RM500 di saluran berikut:
- Hotline BPR LHDNM: 1 800 88 2747
- Hotline BPR MoF: 03 8882 4565 / 03 8882 4566
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.