Seluruh rakyat Malaysia telah melalui cara bekerja secara norma baharu iaitu dengan bekerja dari rumah, bekerja dengan menggunakan pelitup muka serta menjaga kebersihan semaksimum mungkin dengan mencuci tangan menggunakan hand sanitiser.
Malahan untuk masuk bekerja juga setiap pekerja perlu membuat saringan suhu badan sebelum masuk bekerja secara bersemuka di pejabat, kilang dan sebagainya.
Bagi anda yang bekerja dirumah pula, bagaimanakah tatacara yang betul untuk anda patuhi? Semak Pekeliling Perkhidmatan mengenai dasar Bekerja Dari Rumah yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
PERATURAN BEKERJA DARI RUMAH YANG PERLU DIPATUHI
Isi Kandungan
Pegawai yang diarah atau dibenarkan untuk BDR perlu mematuhi peraturan berikut:
- Sentiasa berada di RUMAH sebagai tempat bekerja dalam tempoh waktu bekerja yang ditetapkan.
- Sentiasa boleh dihubungi dalam tempoh, hari dan waktu bekerjanya.
- Sentiasa bersedia untuk hadir ke pejabat atau mana-mana lokasi lain yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dalam tempoh yang munasabah.
- Semua undang-undang, peraturan, pekeliling dan arahan yang berkuat kuasa dan terpakai kepada pegawai awam dari semasa ke semasa, termasuk antara lain, tetapi tidak terhad kepada:
– Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88]
– Arahan Keselamatan
– Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan danTatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993]
– Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61]
PANDUAN UMUM PELAKSANAAN BDR
Panduan umum mengenai pelaksanaan BDR adalah berkaitan:
- Kaedah Pelaksanaan
- Waktu Bekerja, Hari, Tempoh dan Tempat Semasa BDR
- Gaji, Elaun, Kemudahan dan Skim Perlindungan
- Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
- Pematuhan Peraturan
TUJUAN BEKERJA DARI RUMAH
Antara tujuan BDR ialah:
- Untuk mengurangi atau mengelakkan kerugian/kerosakan/kemusnahan
atas sebab-sebab seperti pencemaran alam sekitar, penularan penyakit
berjangkit dan/atau bencana alam yang boleh mengancam keselamatan. - Untuk mengelakkan berlaku kemudaratan, kesukaran atau keadaan serba
salah sama ada terhadap pegawai sendiri atau pegawai-pegawai lain
di pejabat sekiranya pegawai berkenaan hadir di pejabat. - Mewujudkan keseimbangan dan kesejahteraan antara keperluan agensi
terhadap kesinambungan tugas demi kepentingan perkhidmatan dan
keperluan pegawai menguruskan hal persendirian dalam situasi di mana
pegawai tidak dibenarkan menggunakan kemudahan cuti.
Baca juga: Download Contoh Surat Mohon Kebenaran Rentas Daerah / Negeri Sepanjang PKP 2021
WAKTU BEKERJA / HARI / TEMPOH / TEMPAT SEMASA BDR
Semasa BDR, waktu bekerja, hari, tempoh, tempat adalah seperti berikut:
WAKTU BEKERJA
- Sama seperti waktu bekerja di pejabat.
- Pekerja perlu mematuhi waktu bekerja mengikut kesesuaian perkhidmatan.
- Dilaksanakan sama ada BDR Sepenuh Hari atau BDR Separuh Hari
HARI BEKERJA
- Hari bekerja adalah dilaksanakan mengikut tempoh tertentu secara giliran atau bukan giliran mengikut hari atau minggu.
- BDR juga menggunapakai Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.
TEMPOH BDR
- Arahan Kerajaan: Tertakluk kepada arahan Kerajaan
- Arahan Ketua Jabatan: Tertakluk kepada arahan Ketua Jabatan
TEMPAT BEKERJA
- Tempat bekerja selama tempoh BDR ialah RUMAH.
- Rumah mestilah sama alamat yang telah didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS).
- Ketua Jabatan boleh mengarahkan pegawai untuk menghadiri mesyuarat rasmi di pejabat atau di suatu lokasi lain semasa pegawai BDR.
GAJI & ELAUN SEPANJANG BDR
Gaji dan elaun kepada mereka yang BDR adalah seperti berikut:
- Kelayakan gaji pegawai yang BDR tidak terjejas dan masih tertakluk kepada
peraturan semasa yang berkuat kuasa. - Pegawai yang BDR layak menikmati semua jenis elaun dan kemudahan yang diperuntukkan mengikut syarat dan peraturan semasa yang berkuat kuasa kecuali yang dinyatakan sebaliknya.
- Elaun Lebih Masa (ELM) adalah tidak layak dibayar kepada pegawai yang BDR. Sekiranya, pegawai BDR diarahkan bekerja di lokasi lain selain rumah di luar waktu bekerjanya, ELM boleh dipertimbangkan tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa.
- Kerajaan tidak akan menanggung apa-apa kos utiliti seperti bil telefon, bil
elektrik, sewaan jalur lebar, pembaikan kerosakan peralatan dan sebagainya sepanjang tempoh pegawai BDR. - Bagi tujuan tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran kerana menjalankan tugas rasmi semasa BDR hendaklah mematuhi Pekeliling Perbendaharaan WP1.4 berhubung Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi (Tidak Termasuk Tentera Dan Polis) atau pindaannya dari semasa ke semasa.
CONTOH ARAHAN BEKERJA DARI RUMAH
Berikut adalah contoh arahan bekerja dari rumah untuk rujukan anda:
Anda juga boleh rujuk Pekeliling Perkhidmatan mengenai dasar Bekerja Dari Rumah yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam disini.
Baca juga: Download Contoh Surat Kebenaran COD Untuk Peniaga Sepanjang PKP
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.