Batalkan Nama Bank Pinjaman Dengan E-Batal Jika Loan Kereta Motorsikal Habis Bayar

Dah check belum baki bayaran loan kereta dan motorsikal anda dengan bank?

Jika belum, anda boleh check dan jika baki bayaran dah tak banyak, bolehlah anda setelkan dengan segera.

Maka, selepas ini apa yang anda perlu lakukan jika loan kenderaan telah habis dibayar, anda perlu batalkan nama bank pinjaman dengan E-Batal tau!

INFO E-BATAL

Apa itu e-batal?

  • Sebelum proses E-Batal, kereta atau motorsikal masih menjadi hak milik bank atau pemberi pinjaman kewangan. Jadi, kenderaan tersebut bukanlah hak milik anda sepenuhnya lagi.
  • Bagi mendapatkan hak anda sebagai pemilik kenderaan terbabit, langkah penting adalah dengan menghapuskan status hak milik dari pemiutang kepada hak milik anda secara mutlak.
  • Urusan menyelesaikan hak milik dari pemberi pinjaman dipanggil E-Batal. Syarat utama untuk E-Batal adalah BAYARAN PINJAMAN HENDAKLAH SUDAH HABIS DIBAYAR SEPENUHNYA.

Baca juga: Dapatkan Dahulu Harga Renew Lesen Memandu Terkini 2021 Sebelum Hadir Ke JPJ, Pejabat Pos & UTC

CARA BATALKAN NAMA BANK PINJAMAN E-BATAL

Untuk membatalkan nama bank pinjaman dengan E-Batal setelah loan pinjaman kereta dan motorsikal, anda boleh lakukan mengikut langkah-langkah seperti berikut:

  • Setelah loan anda telah habis dibayar, anda akan menerima geran asal oleh syarikat kereta yang anda berurusan.
  • Dapatkan surat pelepasan dari bank pinjaman untuk membuat pembatalan. Sebaiknya bank peminjam menghantar terus surat pelepasan ini kepada JPJ. Pastikan anda bertanya kepada peminjam sebagai ingatan agar mereka tidak terlepas pandang.
  • Seterusnya hadir ke cawangan JPJ berhampiran untuk proses membatalkan hak milik bank pinjaman dan nama bank pinjaman akan dikeluarkan daripada geran asal kenderaan anda.
  • Check semula geran asal kenderaan anda dan pastikan ianya telah dicop e-Batal mengikut prosedur JPJ.

Wah! Dah siap dan secara rasminya kereta dan motorsikal anda telah menjadi hak milik anda seterusnya.

Diharap anda boleh kongsikan maklumat ini kerana ada pemilik kenderaan yang bertahun-tahun tidak membatalkan hak milik bank pinjaman kerana tidak tahu prosedur E-Batal ini.

Prosedur E-Batal ini sangat mudah dan tidak rumit, asalkan anda tahu caranya dan hak milik kenderaan menjadi hak anda yang mutlak.

Batalkan Nama Bank Pinjaman Dengan E-Batal Jika Loan Kereta Motorsikal Habis Bayar

Baca juga: Nak Renew Lesen Kenderaan Motor (LKM) Di Kaunter JPJ? Bawa Dokumen Ini & Ikut Panduan Dari JPJ

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.