Penduduk Pulau Pinang yang ingin memiliki rumah idaman sendiri, boleh mohon rumah mampu milik melalui Sistem Maklumat Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Sistem Sistem Maklumat Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang atau eRumah boleh dipohon melalui pautan yang akan dikongsikan disini nanti.
Jadi, semak syarat kelayakan memiliki rumah mampu milik Pulau Pinang melalui sistem eRumah sebelum buat permohonan.
SYARAT PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK PULAU PINANG eRUMAH
Isi Kandungan
Syarat kelayakan permohonan rumah mampu milik Pulau Pinang eRumah:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan
- Anak kelahiran Pulau Pinang ATAU bermastautin di Pulau Pinang
- Pengundi Berdaftar di Pulau Pinang
- Bekerja di Pulau Pinang
- Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 2,500.00 Untuk Rumah Mampu Milik A harga maksimum RM42,000.00;
- Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 3,500.00 Untuk Rumah Mampu Milik B harga maksimum RM72,500.00;
- Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 8,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C1 harga maksimum RM150,000.00;
- Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 10,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C2 harga maksimum RM200,000.00;
- Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 12,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C3 harga maksimum RM300,000.00;
- Bagi permohonan Rumah Mampu Milik Jenis A / Jenis B, pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah di mana-mana negeri di Malaysia; atau
- Bagi permohonan Rumah Mampu Milik Jenis C1, C2 dan C3 pemohon dan pasangan yang memiliki hanya satu(1) hartanah (harga belian hartanah sedia ada kurang dari harga Rumah Mampu Milik yang dipohon) adalah LAYAK memohon. (Sila sertakan salinan Perjanjian Jual Beli)
- Untuk kategori penjawat awam, pemohon perlu mengemukakan surat sokongan dari Ketua Jabatan masing-masing.
- Untuk kategori Talent and Skill Group pemohon perlu mengemukakan surat sokongan dari pihak Invest Penang.
DOKUMEN SOKONGAN
Dokumen yang perlu disertakan bersama permohonan pula:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan suami / isteri
- Salinan sijil nikah / Pendaftaran perkahwinan
- Sekiranya duda / janda, sertakan salinan Sijil Cerai (sekiranya bercerai) atau salinan Sijil Kematian (sekiranya isteri / suami telah meninggal)
- Salinan laporan CCRIS pemohon dan isteri / suami (sila rujuk Bank Negara Malaysia cawangan berhampiran)
- Salinan slip SPR
- Sekiranya bekerja dengan kerajaan / swasta sertakan dokumen berikut:
- Surat pengesahan terkini daripada majikan / Salinan penyata gaji pokok dan elaun tetap bulanan terkini pemohon dan isteri / suami
- Salinan penyata KWSP terkini pemohon dan isteri / suami
- Pengesahan dari pejabat KWSP sekiranya tidak mencarum
- Sekiranya berniaga atau bekerja sendiri sertakan dokumen berikut:
- Borang-B-Perniagaan (LHDN)
- Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)
- Salinan penyata KWSP terkini
- Akuan Sumpah Pendapatan
- Sekiranya tidak bekerja, sertakan dokumen berikut:
- Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan isteri / suami
- Pengesahan dari Pejabat KWSP sekiranya tidak mencarum;
- Salinan Kad Pengenalan OKU (suami/isteri dan tanggungan jika berkaitan)
- Bagi pemastautin sekurang-kurangnya 5 tahun di Pulau Pinang, sila sertakan dokumen pengesahan majikan sebagai bukti.
- Jika berlaku pertukaran alamat surat menyurat, Pentadbiran ini hendaklah dimaklumkan dengan mengisi borang pertukaran alamat.
- Surat Akuan Sumpah hendaklah dibuat di Pesuruhanjaya Sumpah yang diwartakan oleh Kerajaan. Akuan yang diperakui oleh selain dari yang diwartakan tidak akan dilayan.
- Permohonan perlu dikemaskini setiap 3 tahun ATAU sekiranya terdapat sebarang perubahan taraf perkahwinan dan gaji.
CARA MOHON
Untuk memohon, sila layari:
- https://erumah.penang.gov.my/
- Klik pada BORANG PN1, BORANG PN3 & BORANG PN4
- Lengkapkan borang anda
- Letakkan pada dropbox yang disediakan.
Baca juga: Program Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP) & Cara Mohonnya. Daftar Secara Online Dahulu
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi:
- LEMBAGA PERUMAHAN NEGERI PULAU PINANG
TINGKAT 20, KOMTAR
10503 PULAU PINANG - Telefon: 04-2621957
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.