Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Fungsi Akaun 1 Dan Akaun 2 KWSP Yang Anda Semua Perlu Tahu. Jangan Keliru

11,877

Kebanyakan pekerja swasta terutamanya, akan membuat caruman KWSP kerana tidak mempunyai pilihan untuk berpencen seperti mana pekerja di sektor awam yang mempunyai pencen untuk hari tua dan masa hadapan. Namun ,caruman KWSP juga mempunyai pelbagai manfaat dan kelebihannya yang tersendiri.

Ramai daripada pencarum sedia maklum bahawa akaun KWSP ini terbahagi kepada 2 akaun iaitu :

  • Akaun 1 : Caruman daripada majikan
  • Akaun 2 : Caruman daripada pekerja

Setiap caruman ini pula terbahagi mengikut pecahan seperti berikut :

  • Akaun 1 : 70%
  • Akaun 2 : 30%

KADAR CARUMAN SEMASA

Kadar caruman semasa KWSP adalah seperti berikut :

  • 23% daripada gaji pekerja : 11% adalah caruman pekerja yang dipotong daripada gaji bulanan pekerja dan 12% adalah caruman oleh majikan.
Nota : Kadar caruman semasa juga adalah berdasarkan jumlah gaji yang diterima oleh seorang pekerja dan mengikut peratusan berpandukan jadual yang digariskan oleh pihak KWSP untuk membuat caruman.

AKAUN 1 KWSP

TUJUAN SIMPANAN AKAUN 1 KWSP

  • Tujuan utama simpanan Akuan 1 KWSP ialah untuk kegunaan selepas anda bersara dan lebih menjurus kepada pelaburan pencarum itu sendiri. Oleh hal yang demikian, caruman dalam Akaun 1 ini tidak boleh dikeluarkan sama sekali sebelum seseorang pencarum mencecah umur 55 tahun.
  • Untuk Akaun 1 KWSP ini juga, pihak KWSP menyarakan agar pencarum meletakkan penama atau waris untuk membuat tuntutan setelah ketiadaan pencarum.
  • Penama yang boleh diletakkan ialah seperti, Suami / Isteri / Ayah / Ibu / Anak / Adik / Kakak / Abang atau individu yang pencarum rasa sesuai untuk dijadikan waris.
  • Pencarum juga dibenarkan untuk membuat pelaburan dengan menggunakan sebahagian daripada simpanan. Tiada paksaan dan ianya atas kerelaan pencarum itu sendiri.

AKAUN 2 KWSP

TUJUAN SIMPANAN AKAUN 2 KWSP

  • Tujuan utama simpanan di dalam Akaun 2 KWSP adalah untuk membantu para pencarum untuk membuat persediaan apabila bakal bersara nanti.
  • Melalui Akaun 2 KWSP ini juga, anda boleh membuat pengeluaran sebelum umur 55 tahun dan boleh dikeluarkan pada umur mencecah 50 tahun.
  • Tetapi perlu diingatkan kepada anda bahawa pengeluaran ini tidak boleh dikeluarkan sesuka hati dan ianya mestilah atas tujuan seperti berikut :

a) Membuat pembayaran pendahuluan pembelian rumah pertama.

b) Penyelesaian baki pinjaman perumahan bagi rumah pertama.

c) Pembiayaan pendidikan diri pencarum dan anak-anak.

d) Menampung kos-kos perubatan diri pencarum dan anak-anak seperti yang tertakluk dalam syarat.

e) Menunaikan Haji (Berkuatkuasa pada 1 Januari 2013)

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Akaun 1 & Akaun 2 KWSP sila hubungi KWSP di saluran berikut :

  • Laman rasmi KWSP
  • Pusat Pengurusan Perhubungan : 03- 8922 6000
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...