Tips Berpuasa Penuh Di Bulan Ramadan Untuk Pesakit Gastrik

Ingin berpuasa penuh tanpa gangguan sakit gastrik lagi pada kali ini? Pastinya pesakit gastrik mengalami masalah yang sama pada setiap tahun sehingga terpaksa berbuka puasa agar gastrik yang dialami tidak semakin mudarat.

Pastinya kali ini  Ramadan disambut dengan agak meriah walaupun negeri masing-masing berada dalam tempoh pelaksanaan PKPP dan PKPB.

Malahan, operasi Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri serta Solat Tarawaih juga dibenarkan dengan bersyarat iaitu mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan PBT negeri masing-masing.

Baca juga: Waktu Operasi Bazar Ramadan & Bazar Aidilfitri Seluruh Negara

TANDA-TANDA GASTRIK

Tanda-tanda gastrik dan simptom untuk penyakit gastrik tidak dapat dipastikan dengan jelas. jalani pemeriksaan doktor untuk mengesahkan anda mendapat penyakit gastrik:

Tanda-tanda gastrik secara amnya adalah seperti berikut:

  • Sakit perut yang semakin teruk apabila perut kosong.
  • Mual.
  • Muntah.
  • Hilang selera makan.
  • Perut kembung.
  • Kerap sendawa.
  • Hilang berat badan.

Untuk sahkan sakit gastrik, sila dapatkan pemeriksaan daripada doktor yang terdekat dengan anda.

TIPS BERPUASA UNTUK PESAKIT GASTRIK

Tips yang boleh anda amalkan adalah seperti berikut:

BERSAHUR

Jangan skip sahur anda! Ingat, terdapat keberkatan dalam sahur dan jangan tinggalkan sahur ya!

Bersahur digalakkan bagi mereka yang berpuasa kerana ia adalah sunnah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Bersahurlah, kerana sesungguhnya pada sahur (makanan) itu ada keberkatan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sebaiknya adalah untuk lewatkan waktu sahur hampir dengan azan subuh. Ini bertujuan memastikan tempoh perut tidak menerima makanan lebih singkat.

Selepas sahur, jangan terus tidur! Tunggu sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam sebelum tidur bagi mengelakkan masalah ketidakhadaman dan pedih ulu hati yang akan mengganggu puasa anda.

BERBUKA SECARA SEDERHANA

Berbukalah secara sederhana dan jangan makan dengan gelojoh. Mulakan dengan memakan kurma dan air kosong atau jus buahan. Selepas solat, anda boleh makan nasi dan elakkan makanan yang pedas dan berminyak.

Juga elakkan makan makanan yang berat ketika moreh dan lebihkan memakan sayur dan buah-buahan ketika berbuka.

MINUM AIR KOSONG

Elakkan dengan meminum air yang bergas, kafien dan minuman yang berasid tinggi. Amalkan minum air kosong dengan mencukupkan air 8 gelas sehari seperti berikut:

  • 1 gelas ketika bangun sahur
  • 1 gelas selepas makan sahur
  • 1 gelas semasa berbuka puasa
  • 1 gelas selepas makan
  • 1 gelas selepas solat maghrib
  • 1 gelas selepas solat isyak
  • 1 gelas selepas solat terawih
  • 1 gelas sebelum tidur

Tips Berpuasa Penuh Di Bulan Ramadan Untuk Pesakit Gastrik

MAKANAN YANG PERLU DIELAK KETIKA BERBUKA PUASA

Antara makanan yang perlu dielakkan ketika berbuka puasa adalah:

  • Minuman berkafein seperti kopi dan teh.
  • Makanan berasid seperti buah limau, oren dan tomato.
  • Makanan pedas.
  • Makanan berlemak tinggi seperti mentega, coklat, santan dan keju.
  • Makanan bergoreng.
  • Merokok.
  • Minuman berkabonat.

Anda juga digalakkan untuk makan makanan berikut ketika berbuka puasa:

  • Makanan tinggi fiber seperti epal, oat, lobak merah dan brokoli.
  • Makanan rendah lemak seperti ikan dan ayam.
  • Makanan berasid rendah atau berakali tinggi seperti sayur-sayuran.
  • Makanan mengandungi probiotik seperti tempe dan yogurt.
  • Banyakkan minum air putih.

BACAAN NIAT DAN LAFAZ NIAT PUASA

Niat dan lafaz niat untuk sebulan adalah seperti berikut:

ﻧَﻮَﻳْﺖُ ﺻَﻮْﻡَ ﺷَﻬْﺮِ ﺭَﻣَﻀَﺎﻥَ كُلِّهِ ﻟِﻠَّﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

Rumi: Nawaitu Sauma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala

Maksud: Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Rujuk: Bacaan Niat Dan Lafaz Niat Puasa Harian Dan Sebulan Di Bulan Ramadhan

Jadi, tiada lagi masalah selepas ini untuk pesakit gastrik berpuasa penuh ketika bulan Ramadan sekiranya mengamalkan tips yang dikongsikan ini.

Semoga Ramadan kali ini memberi berjuta manfaat dan kebaikan kepada kita semua.

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.