Geran Sepadan SSPN-i Sehingga RM10,000 Untuk Pendidikan Anak-Anak. Syarat Permohonannya Disini

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan Geran Sepadan sehingga RM10,000 kepada pendeposit SSPN-i.

Namun, Geran Sepadan SSPN-i ini akan diberikan kepada pendeposit mengikut syarat dan terma yang telah ditetapkan.

Apakah syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PTPTN untuk permohonan Geran Sepadan SSPN-i RM10,000? Semak disini ya!

APA ITU GERAN SEPADAN SSPN-i?

Geran Sepadan adalah insentif kewangan yang ditawarkan kepada pendeposit (ibu bapa atau penjaga yang sah dari segi undang-undang.

Mulai 1 Januari 2015, pendeposit yang mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM4,000.00 sebulan.

Baca juga: Peminjam PTPTN & Pemegang Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama? Boleh Mohon Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Tau! Ini Caranya

JUMLAH GERAN SEPADAN SSPN-i

Jumlah geran sepadan yang akan diberikan kepada pendeposit yang layakn adalah sebanyak:

  • RM10,000

SYARAT PERMOHONAN GERAN SEPADAN

Syarat untuk permohonan Geran Sepadan yang telah ditetapkan oleh PTPTN oleh setiap pendoposit SSPN-i ialah:

  • Jumlah keseluruhan Geran Sepadan yang akan diberikan kepada setiap pendeposit yang layak adalah tidak melebihi RM10,000.00 satu keluarga
  • Pendeposit mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM4,000.00.
  • Penerima manfaat (anak) diterima dan mendaftar masuk ke mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan pada peringkat sijil, foundation, matrikulasi, diploma dan ke atas adalah layak untuk dipertimbangkan pemberian geran sepadan.
  • Penerima manfaat hendaklah belum mencapai umur 29 tahun semasa permohonan pengeluaran Geran Sepadan.
  • Tuntutan Geran Sepadan mestilah dibuat dalam tempoh pengajian penerima manfaat.

CARA MOHON & DOKUMEN SOKONGAN GERAN SEPADAN

Pemohon juga perlu menyediakan dokumen sokongan berikut untuk melengkapkan permohonan Geran Sepadan SSPN-i RM10,000:

  • Hadir ke cawangan PTPTN yang berdekatan dengan anda dengan membawa bersama dokumen sokongan yang telah. ditetapkan.
  • Nyatakan kepada pegawai PTPTN untuk membuat permohonan Geran Sepadan.
  • Pengesahan pendapatan/ salinan slip gaji/ salinan Penyata Pencen/ salinan Kad Pesara yang menyatakan pencen bulanan pendeposit dan pasangan;
  • Salinan Sijil Kelahiran/ Sijil Anak Angkat/ Surat Akuan Berkanun penerima manfaat;
  • Salinan MyKad pasangan/ Sijil Kematian/ Surat Cerai;
  • Salinan surat tawaran mendaftar masuk ke IPT dan Resit bayaran daftar masuk ke IPT;
  • Surat pengesahan aktif belajar daripada IPT/ Agensi yang berkenaan dan hendaklah mencatatkan kursus pengajian (sekiranya tidak memenuhi item 4)
  • Sekiranya penerima manfaat mendapat pinjaman pendidikan PTPTN, dokumen (4) dan (5) tidak diperlukan.

Baca juga: Apa Itu Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN? Berapa Jumlahnya? Semak Jumlahnya Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Geran Sepadan SSPN-i RM10,000 sila hubungi Careline PTPTN:

  • 03-2193 3000
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.