Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Jom Kongsikan Idea Bajet 2022 Anda Disini! Mana Tahu Pandangan Anda Dapat Membantu Orang Lain Pula!

2,120

Kementerian Kewangan Malaysia mengalu-alukan orang ramai untuk berkongsi Idea Bajet 2022 dengan mengemukakan maklumbalas melalui laman web MOF.

Daripada anda membentangkan idea bajet anda di kedai kopi dan bersama rakan anda, elok juga kiranya anda kongsikan bersama Kementerian Kewangan Malaysia yang akan menerbitkan Kenyataan Pra-Bajet (KPB) pada 29 Oktober 2021 nanti.

Apalagi, siapkan Idea Bajet anda dalam bentuk yang lebih baik dan formal seterusnya kongsikan bersama Kementerian Kewangan Malaysia!

TARIKH AKHIR KONGSI IDEA BAJET 2022

Jika anda benar-benar berminat untuk kongsikan Idea Bajet 2022 dengan Kementerian Kewangan Malaysia, anda boleh lakukannya sebelum:

  • 15 September 2021

Baca juga: Smart Automation Grant 2021 (SAG) Sehingga RM200,000 & Mohon Sebelum 25 September Ini

TIGA MATLAMAT UTAMA BAJET 2022

Tiga matlamat utama Bajet 2022 ialah:

  • Kesejahteraan rakyat
  • Kelangsungan perniagaan
  • Ketahanan ekonomi

EMPAT KERTAS KONSULTASI AWAM

Sebagai langkah permulaan, empat kertas konsultasi awam akan diterbitkan untuk mendapatkan input kepada Bajet 2022 iaitu:

Barangan/Perkhidmatan Tempatan dan Bumiputera

  • Menggariskan cadangan penambahbaikan ke atas dasar penggunaan barangan/ perkhidmatan tempatan dan dasar keutamaan syarikat Bumiputera.
  • Ini antara lainnya untuk melindungi dan membangunkan industri tempatan serta mengurangkan kebergantungan kepada barangan import

Penambahbaikan Program Bantuan Tunai

  • Mengenal pasti masalah, keperluan dan kaedah yang berkesan dalam penyampaian bantuan kepada rakyat, terutamanya dalam situasi yang mencabar akibat penularan Covid-19.

Kajian Insentif Cukai 

  • Merangkumi kajian semula rangka kerja insentif cukai pelaburan secara menyeluruh bagi memastikan insentif cukai kepada pelabur kekal relevan dengan landskap semasa perniagaan.
  • Ia juga bertujuan meningkatkan daya saing negara dalam menarik pelaburan berkualiti, seterusnya menjana pertumbuhan ekonomi, penciptaan pekerjaan dan penambahbaikan kedudukan fiskal negara.

Penggubalan Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA)

  • Bertujuan untuk meningkatkan tadbir urus, ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan fiskal negara, termasuk pengurusan hasil, perbelanjaan, hutang, risiko fiskal, serta pelaporan tertentu dalam bentuk pra-bajet dan pasca bajet, unjuran kedudukan ekonomi dan Rangka Kerja Fiskal Jangka Sederhana.

CARA KONGSIKAN IDEA BAJET 2022

Bagi anda yang ingin kongsikan Idea Bajet 2022, sila kemukakan melalui emel di alamat berikut:

Jom Kongsikan Idea Bajet 2022 Anda Disini! Mana Tahu Pandangan Anda Dapat Membantu Orang Lain Pula!

  • Isikan maklumat yang diperlukan disini.

Jom Kongsikan Idea Bajet 2022 Anda Disini! Mana Tahu Pandangan Anda Dapat Membantu Orang Lain Pula!

  • Setelah lengkap, klik HANTAR untuk menghantar cadangan Bajet 2022 anda.

May be an image of text that says 'KONGSIKAN IDEA BAJET 2022 ANDA Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah menerbitkan Kertas Konsultasi Awam (KKA) sebagai pelengkap kepada Kenyataan Pra-Bajet 2022 yang diterbitkan pada Ogos 2021. KKA boleh dimuat turun dan maklum balas boleh dikemukakan melalui laman web MOF: www.mof.gov.my/konsultasi-awam Soalan atau penghantaran dokumen maklum balas tambahan berkenaan KKA boleh dikemukakan melalui emel: konsultai.bajet2022@mof.gov.my selewat-lewatnya pada 5.00 petang, 15 September 2021. www.mof.gov.my Kementerian MOFMalaysia malaysia MOFMalaysia UKK MOF'

Baca juga: Cara Buat Tuntutan Faedah PERKESO Bagi Pekerja Positif Covid-19

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Idea Bajet 2022 disaluran berikut:

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...