Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Ini 5 Resepi Mudah Makanan Bayi 7 Bulan Ke Atas.

2,179

Bayi 7 Bulan Ke Atas Sudah Boleh Makan

Lazimnya, bayi 7 bulan ke atas sudah boleh makan makanan selain daripada susu. Namun ibu-ibu mesti pening memikirkan makanan untuk disediakan kepada bayi mereka setiap hari.

Di sini kami kongsikan 5 resepi yang mudah untuk ibu-ibu sediakan buat bayi anda.

5 Resepi Makanan Bayi

1. Puri Lobak Merah

Bahan-bahan :

  • 1 biji lobak merah (dibuang kulit dan dipotong kiub)
  • Air masak / susu ibu / susu formula

Cara-cara penyediaan :

  • Cuci bersih lobak merah. Jika boleh, gunakan lobak merah organik.
  • Masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga hancur.
  • Cairkan dengan air / susu.
  • Siap untuk dihidang.

Nota: Kaedah mengukus lebih baik daripada merebus kerana ianya dapat mengekalkan kandungan zat di dalam bahan makanan.

puri karot

2. Bubur Beras Perang dan Brokoli

Bahan-bahan :

  • Beras perang
  • Brokoli

Cara penyediaan :

  • Rebus beras perang sehingga masak dan lembut.
  • Kemudian masukkan brokoli yang dipotong kecil. Sebaiknya brokoli dikukus atau steam bagi mengekalkan nutrisi brokolii tersebut.
  • Kemudian purikan bubur dan brokoli dengan pengisar

Siap untuk dihidangkan kepada bayi anda.

bubur nasi brokoli

3. Bubur Nasi Sayur Bayam

Bahan-bahan :

  • Beras wangi 2 sudu sukatan susu tepung
  • Beberapa helai daun bayam
  • Beberapa ekor ikan bilis

Basuh bersih semua bahan di atas. Kemudian rebus ikan bilis dengan beras terlebih dahulu sehingga nasi lembik jadi bubur baru masukkan sayur bayam.

Kisar semua bahan di atas setelah sejuk.

bubur nasi bayam

4. Puri Buah Pear dan Epal

Bahan-bahan :

  • Buah pear
  • Buah epal
  • 3 biji kurma buang kulit dan biji
  • Beberapa biji bluberry

Bersihkan dan campurkan bahan-bahan tadi ke dalam pengisar dan kisar halus. Siap untuk dihidangkan kepada bayi anda.

pear dan epal

5. Telur Kuning Hancur

Bahan-bahan:

  • 1 biji telur rebus (ambil telur kuning sahaja)
  • 1 sudu kecil air masak

Cara-cara penyediaan ;

  • Lenyekkan telur kuning hingga hancur.
  • Masukkan air dan gaul sebati.
  • Siap untuk dihidang.

telur kuning untuk baby

Sumber :

  • Momjunction
  • bebehouz.my
  • ohbulan.com
  • Rida Shafie
  • Weelicious

 

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...