Bayi 7 Bulan Ke Atas Sudah Boleh Makan
Isi Kandungan
Lazimnya, bayi 7 bulan ke atas sudah boleh makan makanan selain daripada susu. Namun ibu-ibu mesti pening memikirkan makanan untuk disediakan kepada bayi mereka setiap hari.
Di sini kami kongsikan 5 resepi yang mudah untuk ibu-ibu sediakan buat bayi anda.
5 Resepi Makanan Bayi
1. Puri Lobak Merah
Bahan-bahan :
- 1 biji lobak merah (dibuang kulit dan dipotong kiub)
- Air masak / susu ibu / susu formula
Cara-cara penyediaan :
- Cuci bersih lobak merah. Jika boleh, gunakan lobak merah organik.
- Masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga hancur.
- Cairkan dengan air / susu.
- Siap untuk dihidang.
Nota: Kaedah mengukus lebih baik daripada merebus kerana ianya dapat mengekalkan kandungan zat di dalam bahan makanan.
2. Bubur Beras Perang dan Brokoli
Bahan-bahan :
- Beras perang
- Brokoli
Cara penyediaan :
- Rebus beras perang sehingga masak dan lembut.
- Kemudian masukkan brokoli yang dipotong kecil. Sebaiknya brokoli dikukus atau steam bagi mengekalkan nutrisi brokolii tersebut.
- Kemudian purikan bubur dan brokoli dengan pengisar
Siap untuk dihidangkan kepada bayi anda.
3. Bubur Nasi Sayur Bayam
Bahan-bahan :
- Beras wangi 2 sudu sukatan susu tepung
- Beberapa helai daun bayam
- Beberapa ekor ikan bilis
Basuh bersih semua bahan di atas. Kemudian rebus ikan bilis dengan beras terlebih dahulu sehingga nasi lembik jadi bubur baru masukkan sayur bayam.
Kisar semua bahan di atas setelah sejuk.
4. Puri Buah Pear dan Epal
Bahan-bahan :
- Buah pear
- Buah epal
- 3 biji kurma buang kulit dan biji
- Beberapa biji bluberry
Bersihkan dan campurkan bahan-bahan tadi ke dalam pengisar dan kisar halus. Siap untuk dihidangkan kepada bayi anda.
5. Telur Kuning Hancur
Bahan-bahan:
- 1 biji telur rebus (ambil telur kuning sahaja)
- 1 sudu kecil air masak
Cara-cara penyediaan ;
- Lenyekkan telur kuning hingga hancur.
- Masukkan air dan gaul sebati.
- Siap untuk dihidang.
Sumber :
- Momjunction
- bebehouz.my
- ohbulan.com
- Rida Shafie
- Weelicious
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.