Sebagai seorang Muslim,penting bagi kita semua untuk mendapatkan makanan yang halal kerana ianya menjadi darah daging setelah dimakan.
Seperti firman Allah S.W.T. dalam Surah al-Baqarah, ayat 168 yang bermaksud :
“Wahai sekalian manusia, makanlah daripada makanan yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di atas bumi dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu.”
Oleh itu pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengambil inisiatif yang memudahkan orang Islam terutamanya untuk menyemak status halal makanan yang dijual.
Cara Menyemak Status Halal
Isi Kandungan
Anda boleh menyemak status halal makanan melalui :
- Semakan Melalui Online
- Semakan Melalui SMS
- Semakan Melalui Aplikasi
Semakan Melalui Online
- Klik Halal
- Masukkan carian di bahagian ‘ Verify Halal Status’
- Pilih Negeri dan kategori seperti premis makanan, kosmetik logistik makanan atau lain-lain lagi.
- Atau anda juga boleh membuat carian dengan klik butang di atas dan klik ‘ Verify Halal Status’
- Status Halal akan dipaparkan.
2. Semakan Melalui SMS
Anda juga boleh menyemak status halal denga cara menghantar SMS seperti berikut :
- Taip HALAL<jarak>SEMAK<jarak>[No. Pendaftaran Syarikat – ROC] hantar SMS ke 15888.
Contoh : HALAL SEMAK 6789ABC
- Balasan jawapan daripada pihak JAKIM.
3. Semakan Melalui Aplikasi
Anda boleh muat turun aplikasi melalui :
- Android : Verify Halal
- iOS : Verify Halal
Logo Halal
Terdapat kekeliruan mengenai logo halal yang asli dan juga palsu. Anda boleh mengenali Logo Halal Malaysia seperti gambar di bawah.
Semoga keraguan kita semua mengenai makanan yang halal dipermudahkan dengan perkongsian ini.
Semoga bermanfaat buat semua.
Sumber :
- JAKIM
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.