Sebelum ini pelbagai isu membabitkan pekerja terutamanya berkaitan penempatan pekerja mengikut SOP sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Antara kementerian yang terlibat dengan pelaksanaan inisiatif penempatan sementara pekerja di hotel adalah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).
Inisiatif penempatan sementara pekerja di hotel ini adalah mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja (Akta 446).
ALTERNATIF TERBAIK SEPANJANG TEMPOH PKP
Isi Kandungan
Usaha ini merupakan satu alternatif yang terbaik sepanjang tempoh PKP dengan tujuan:
- Menangani penularan wabak COVID-19 yang berpunca daripada kluster tempat kerja khususnya yang melibatkan penginapan pekerja.
- Secara tidak langsung dapat membantu kelangsungan perniagaan pengusaha hotel di negara ini yang terjejas akibat penularan wabak pandemik.
SYARAT PERMOHONAN TERBUKA PENGINAPAN PEKERJA
Antara syarat permohonan terbuka penginapan pekerja adalah:
- Terbuka bagi hotel yang berminat
- Memenuhi syarat di bawah Akta 446
PERMOHONAN TERBUKA BAGI PENGUSAHA HOTEL
Bagi pengusaha hotel yang berminat untuk melibatkan diri dalam program ini anda boleh membuat permohonan secara online dipautan berikut:
- Buat pendaftaran terlebih dahulu dengan klik PENGGUNA BARU.
- Isikan maklumat yang diperlukan.
- Klik SIMPAN.
- Seterusnya buat permohonan melalui emel di [email protected]
- Permohonan dipanjangkan kepada JTKSM.
Baca juga: PSU 3.0 PERMAI, RM600 Setiap Pekerja & Penambahbaikan
SKOP KEMUDAHAN PENGINAPAN PEKERJA
Skop kemudahan untuk sepanjang penginapan pekerja adalah:
- Penginapan bilik
- Tidak termasuk kos air, elektrik, dobi serta kemudahan lain
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.