Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Menangi Hadiah Sehingga RM50,000 Melalui Peraduan JomPAY and Win! 2021 PTPTN. Mana Tahu Rezeki Anda Kali Ini!

1,764

Dah lama tak sertai peraduan dan menangi hadiah yang ditawarkan?

Apa kata kali ini mari kita sertai Peraduan JomPAY and Win! 2021 yang dianjurkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada peminjam yang komited membayar balik pinjaman mereka.

Bila boleh sertai Peraduan JomPAY and Win! 2021 PTPTN ini dan cara menyertainya? Semak disini dan terus sertai sebelum terlambat ya!

INFO PERADUAN JOMPAY AND WIN! 2021

Program ini diadakan dengan kerjasama Kumpulan Ambank (M) Bhd (Ambank) dan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).

kempen JomPAY & Win! 2021 yang diadakan kali ini menawarkan hadiah wang tunai berbentuk bayaran balik atau Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) kepada pemenang.

Selain menunaikan tanggungjawab membayar balik pinjaman, secara tidak langsung peminjam PTPTN juga dapat menyertai kempen yang dianjurkan dan memenangi wang tunai sebagai tambahan kewangan membantu mereka membayar balik pinjaman.

Baca juga: Permohonan Lanjut Tangguh Bayaran PTPTN PKP 3.0 Dibuka Mulai 10 Jun 2021, Penangguhan Selama 3 Bulan Sehingga 31 Ogos 2021

TARIKH PROMOSI PENYERTAAN

Tarikh promosi penyertaan Peraduan JomPAY and Win! 2021 ini adalah selama tiga bulan bermula:

  • 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2021

HADIAH YANG DITAWARKAN

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, nilai hadiah yang ditawarkan adalah bernilai RM50,000 untuk 50 pemenang yang bertuah.

Senarai hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Pertama: RM11,000 untuk satu pemenang
  • Kedua: RM8,000 untuk satu pemenang
  • Ketiga: RM5,000 untuk satu pemenang
  • Keempat: RM3,000 untuk satu pemenang
  • Saguhati: RM500 untuk 46 pemenang

Apakah bentuk hadiah yang ditawarkan?

Hadiah yang bakal diterima oleh pemenang adalah berbentuk:

  • Wang tunai untuk bayar balik pinjaman atau ia akan dimasukkan ke akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).
  • Jika jumlah baki pinjaman pemenang kurang daripada nilai hadiah yang dimenangi, maka lebihan jumlah hadiah itu akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan SSPN-i yang dibuka oleh pemenang sebagai pendeposit.
  • Pemenang yang tidak mempunyai akaun SSPN- i pula, pihak PTPTN akan membuat pembukaan akaun tersebut secara pre-opening (pra pembukaan).

SIAPA LAYAK SERTAI JOMPAY AND WIN! 2021?

Siapa pula yang layak untuk sertai Peraduan JomPAY and Win! 2021 ini?

  • Kempen ini terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik pinjaman PTPTN melalui saluran dalam talian JomPAY dengan tempoh promosi adalah selama tiga bulan bermula 1 Ogos sehingga 31 Oktober ini.
  • Peminjam PTPTN hanya perlu membuat bayaran balik dengan nilai minimum RM100 dalam tempoh promosi untuk melayakkan mereka mendapat satu cabutan dan penyertaan adalah secara automatik.

Kempen JomPAY & Win! 2021 - Portal Rasmi PTPTN

Baca juga: 4 Saluran Baharu Bayaran Pinjaman PTPTN Secara Online. Mudah & Tak Perlu Ke Kaunter Lagi!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen JomPAY & Win! 2021, anda boleh layari portal rasmi PTPTN di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...