Kek Bajet RM10
Isi Kandungan
Macam tak percaya sahaja boleh buat kek kukus RM10. Kek Kukus Oreo pulak tu.
Malahan anda tidak perlu menggunakan oven untuk memasaknya.
Dengan hanya guna 2 bahan saja, anda sudah boleh menghasilkan kek kukus oreo yang sedap.
Bahan Yang Diperlukan
Antara bahan yang anda perlukan:
- 2 paket oreo yang berharga RM6.60
- 1 kotak susu kecil perisa coklat 200ml berharga RM2.83.
- Mentega
- Periuk pengukus
Cara Membuat
Berikut adalah cara membuatnya :
- Kisarkan dua paket oreo bersama satu kotak susu coklat.
- Asingkan sedikit biskut oreo (jangan ambil krimnya) untuk buat toping.
- Panaskan pengukus.
- Sapukan mentega pada bekas yang ingin diletak hasil kisaran oreo dan susu tadi.
- Kukuskan ia selama 20 minit.
- Apabila siap, biarkan dahulu selama 20 minit kemudian taburkan kisaran biskut oreo tadi sebagai toping.
Sudah siap.
Mudahkan? Anda boleh buat tanpa melaburkan duit yang banyak dan anda boleh makan bila-bila masa sahaja yang anda suka.
Selamat mencuba.
Sumber :
- Sinar Plus
- siraplimau.com
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.