Kebanyakan masyarakat tidak tahu bahawa terdapat pelbagai kerjaya dalam bidang kimia.
Malahan ada yang beranggapan bidang kimia tidak mempunyai peluang kerjaya yang begitu luas dan sangat terhad untuk bekerja setelah tamat pengajian dari universiti terutamanya.
Disini dikongsikan 6 contoh jawatan yang boleh para graduan kimia pohon selepas tamat pengajian masing-masing.
MENGAPA BIDANG KIMIA MENJADI PILIHAN ANDA?
Isi Kandungan
Ini adalah beberapa sebab mengapa bidang kimia menjadi pilihan sesetangah pelajar pada masa kini:
- Ilmu kimia membantu manusia memahami dunia sekeliling.
- Ilmu kimia penting bagi memenuhi keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan lain-lain.
- Kimia adalah saintifik yang berkaitan unsur sebatian, transformasi dan tenaga yang dilepaskan atau diserap.
6 CONTOH KERJAYA DALAM BIDANG KIMIA
Antara 6 contoh kerjaya dalam bidang kimia yang sangat terkenal di Malaysia adalah:
PENYELIDIK
- Menjalankan kerja-kerja penyelidikan pembangunan RnD dalam bidang berkaitan.
- Menjalankan penyelidikan asas gunaan. khidmat nasihat kepakaran serta menyebar maklumat.
- Melaksanakan kajian dan penyelidikanmenegnai bidang tertentu.
PENSYARAH
- Mengajar di kolej dan universiti.
- Menyelia serta memeriksa tesis.
- Penerbitan buku serta jurnal.
- Boleh mohon melalui: Direct Apply, Skim Tenaga Muda dan Tutor/Fellowship.
FARMASI FARMASEUTIKAL
- Bekerja sebagai penyelidik yang diterapkan, menangani masalah tertentu seperti kanser dan HIV.
- Mereka sering digunakan oleh syarikat farmaseutikal untuk membangunkan ubat dan rawatan baru.
JURUTERA KIMIA
- Jurutera kimia terlibat dalam reka bentuk dan pengembangan produk baru dari bahan mentah.
- Mengubah bahan dari satu keadaan ke keadaan lain, misalnya membuat plastik dari minyak.
SAINTIS MAKANAN
- Bekerja dalam bidang pertanian, mengkaji dan membangunkan kaedah untuk meningkatkan produktiviti makanan.
- Mereka juga bekerja membangunkan produk makanan atau teknik pembungkusan baru.
AHLI KIMIA SISA BAHAN
- Menguruskan pengurusan dan penempatan semula bahan berbahaya dengan selamat.
- Mengenal pasti kompnen kimia berbahaya di udara, aiar atau tanah dan menilai tahap bahaya.
Ingat, pekerjaan kimia berbeza dari segi gaji dan kelayakan yang diperlukan. Banyakkan membuat kajian untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan pekerjaan dalam bidang kimia selepas mendapatkan ijazah dalam bidang berkaitan.
Bagi anda yang bakal hadir temuduga, boleh dapatkan tips terkini untuk menghadapi temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Rujuk: Jangan Sebut “Tak Tahu” Dalam Temuduga Kerja SPA! Pantang Larang Temuduga
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.