Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Apa Itu Kes Sporadik? Dapatkan 5 Tips Tangani Peningkatan Kes Sporadik & Amalkan Secara Kendiri

1,741

Sejak kebelakangan ini sering terdengar di media mengenai kes sporadik Covid-19 dan masih ramai yang tidak tahu apakah itu kes sporadik?

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Joor Hisham Abdullah, kes sporadik ialah kes yang dikesan dalam komuniti namun tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kes atau kluster sedia ada.

Jadi, ia sangat membimbangkan dan masyarakat perlu mengambil serius dengan kes sporadik kerana penularan Covid-19 mudah berlaku dalam komuniti termasuk di pusat membeli belah, tempat kerja dan tempat tumpuan orang ramai.

Baca juga: Saranan Amalan Kawalan Pergerakan Kendiri & Keluarga (Self Lockdown) Oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

APA ITU KES SPORADIK?

Kes sporadik Covid-19 ialah:

  • Kes yang tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kluster.
  • Tidak menunjukkan sebarang gejala.
  • Terdedah kepada kawasan berkepadatan tinggi.

Kes sporadik ini sangat sukar untuk mengetahui siapa yang mempunyai Covid-19 dalam kalangan masyarakat.

Apa Itu Kes Sporadik? Dapatkan 5 Tips Tangani Peningkatan Kes Sporadik & Amalkan Secara Kendiri

STATISTIK KES SPORADIK

Berikut adalah statistik kes sporadik mengikut negeri yang telah dicatatkan dan ianya sangat membimbangkan:

  • Selangor: 151,725 kes (38.0%)
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 44,517 kes (11.2%)
  • Sarawak: 40,889 kes (10.3%)

Apa Itu Kes Sporadik? Dapatkan 5 Tips Tangani Peningkatan Kes Sporadik & Amalkan Secara Kendiri

Kes ini dikesan melalui saringan di:

  • Tempat kerja
  • Komuniti
  • Kes bergejala

5 TIPS TANGANI KES SPORADIK SECARA KENDIRI

Terdapat 5 tips untuk tangani kes sporadik secara kendiri yang boleh kita semua amalkan ialah:

  • Kekal duduk di rumah jika tiada urusan penting
  • Jika perlu keluar, patuhi arahan Majlis Keselamatan Negara
  • Optimumkan penggunaaan teknologi komunikasi untuk berhubung
  • Membeli barang secara online
  • Dapatkan pemeriksaan dengan segera sekiranya bergejala atau kontak kepada kes positif Covid-19

Anda juga dinasihatkan untuk melakukan perkara berikut sekirnya didapati positif Covid-19:

  • Maklumkan kepada KKM melalui MySejahtera atau hubungi Pejabat Kesihatan Daerah ynag terdekat.
  • Hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 yang terdekat dan bawa keputusan ujian saringan.

PERINTAH PENGAWASAN & PEMERHATIAN DI RUMAH

Sekiranya anda dibenarkan untuk menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah, sila ikuti arahan berikut:

  • Patuhi segala peraturan ditetapkan
  • Jangan bercampur dengan ahli keluarga
  • Jangan keluar rumah dalam tempoh Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO)
  • Hubungi segera perkhidmatan kecemasan segera jika kesihatan anda merosot.

Oleh kerana kes sporadik tidak dapat diketahui penyebarnya, semua pihak perlu mengambil berat tentang hal ini seterusnya lindungi diri serta keluarga masing-masing daripada dijangkiti Covid-19.

Ayuh kita patuhi SOP yang ditetapkan, amalkan 5 tips tangani kes sporadik secara kendiri sebagai salah satu langkah mengekang peningkatan kes sporadik.

Baca juga: Jom Sertai Sukarelawan PriVo & Dapatkan Suntikan Covid-19 Dengan Cepat Serta Pelbagai Kelebihan Yang Lain Menanti Anda!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...