Cara Mohon Bantuan Kit Makanan Keluarga B40 Wilayah Persekutuan Labuan Yang Dikuarantin
Prihatin dengan nasib yang menimpa rakyat terutamanya mereka yang dikuarantin, Perbadanan Labuan telah mewujudkan inisiatif Bantuan Kit Makanan bagi membantu golongan B40 yang berada di Wilayah Persekutuan Labuan.
Untuk pengetahuan anda, permohonan Bantuan Kit Makanan B40 ini telah dibuka kepada orang ramai mulai 26 Mei 2021 dan permohonannya adalah secara melalui panggilan telefon ke Perbadanan Labuan.
Dapatkan syarat untuk membuat permohonan Bantuan Kit Makanan B40 seperti yang dikongsikan disini.
TARIKH PERMOHONAN
Isi Kandungan
Tarikh permohonan Bantuan Kit Makanan B40 telah dibuka bermula:
- 26 Mei 2021
SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KIT MAKANAN B40
Syarat permohonan untuk Bantuan Kit Makanan B40 adalah:
- Warganegara Malaysia
- Keluarga daripada golongan B40
- Keluarga tersebut terjejas akibat kuarantin
- Permohonan mestilah dibuat daripada Keluarga Isi Rumah (KIR)
CARA MOHON BANTUAN KIT MAKANAN B40
Untuk membuat permohonan pula, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan untuk rujukan anda:
- Buat panggilan ditalian 087-408758
- Maklumkan kepada urusetia mengenai Bantuan Kit Makanan.
- Berikan maklumat anda seperti yang diperlukan oleh Urusetia Bantuan Kit Makanan.
- Permohonan yang layak akan menerima Bantuan Kit Makanan yang disalurkan terus ke rumah pemohon.
JENIS BANTUAN YANG DISALURKAN
Jenis bantuan yang disalurkan untuk golongan B40 yang dikuarantikan adalah makanan asas seperti:
- Beras
- Minyak masak
- Tepung
- Gula
- Dan lain-lain
Baca juga: Cara Mohon Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) MARA Secara Online
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Bantuan Kit Makanan Keluarga B40 Wilayah Persekutuan Labuan, sila hubungi Hotline Perbadanan Labuan di:
- 087-408758
- https://www.pl.gov.my/
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.