Anda Kontraktor Tapi Tak Ada Lesen? Daftar Dengan MARA Serendah RM50 & Layak Terima Persijilan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera Gred G1
Anda kontraktor tapi tiada lesen kontraktor? Bukan kontraktor tapi nak jadi kontraktor?
Inilah peluang yang perlu anda rebut kerana Bahagian Pembangunan Usahawan MARA dan Harta Prima Realties Sdn. Bhd (anak syarikat MARA) menjemput semua usahawan industri pembinaan untuk sama-sama mengikuti Persijilan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera (Gred G1) khusus untuk syarikat punyai dokumen wajib lengkap.
Yuran pula serendah RM50 sahaja pula tu. Jadi, dapatkan maklumat disini dan teruskan membuat pendaftaran permohonan untuk mengikuti Persijilan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera (Gred G1) disini.
INFO RINGKAS PERSIJILAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA (GRED G1)
Isi Kandungan
Untuk pengetahuan anda, informasi ringkas program adalah seperti berikut:
- Tarikh: 9 hingga 10 Ogos 2021
- Masa: 845 pagi hingga 5 petang
- Tempat: Outlet/Kediaman
- Peserta: 20 Usahawan
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN
Bagi anda yang ingin membuat pendaftaran, digalakkan untuk mendaftar dengan kadar segera sebelum:
- 3 Ogos 2021
KAEDAH PROGRAM PERSIJILAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA (GRED G1)
Kaedah program adalah secara online dengan menggunakan:
- Aplikasi Zoom
JUMLAH BAYARAN PROGRAM PERSIJILAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA (GRED G1)
Jumlah bayaran Persijilan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera (Gred G1) ialah:
- RM50 sahaja
CARA DAFTAR
Sebelum membuat pendaftaran, anda dikehendaki untuk memuat naik dokumen yang diperlukan seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan
- SSM
- Salinan terkini SSM e-Info
- Salinan 2 bulan terkini penyata bank
- Sijil Kemahiran
Anda boleh memuat naik dokumen diatas pada pautan berikut:
Setelah dokumen wajib telah dimuat naik dengan lengkap, klik pautan dibawah untuk pendaftaran:
Atau anda boleh imbas QR Kod pada poster dibawah:
Baca juga: Cara Mohon Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) MARA Secara Online
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Program Persijilan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera (Gred G1), sila dapatkan di:
- Whatsapp: 0192279228
- Facebook: https://www.facebook.com/BPUMARA
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.