Update Dari KWSP, iCitra Dah Boleh Mohon Mulai 12 Julai Ini. Mohon Secara Online Kat Sini Je!

Sebelum ini permohonan pengeluaran iCitra boleh dibuat pengeluaran bermula pada 15 Julai 2021, namun KWSP melalui Facebook mereka telah memakluman bahawa permohonan pengeluaran iCitra telah diawalkan.

Permohonan pengeluaran iCitra telah diawalkan tiga hari daripada tarikh jangkaan asal dan anda boleh membuat permohonan pengeluaran mulai 12 Julai 2021.

Jadi, semak syarat pengeluaran dan info berkaitan melalui artikel yang dikongsikan ini.

Rujuk: Cara Mohon iCitra KWSP, Pengeluaran Sehingga RM5,000 & Mohon Secara Online Sahaja

3 CARA MEMUDAHKAN PROSES PENGELUARAN iCITRA KWSP

Untuk memudahkan proses permohonan talian i-Citra, ahli dinasihatkan untuk memastikan:

  • Nombor telefon bimbit mereka sama seperti dalam rekod KWSP bagi urusan penerimaan One-Time Password (OTP).
  • Mempunyai akaun bank yang masih aktif untuk bayaran pengeluaran tersebut.
  • Semak amaun akaun semasa

Nak Batalkan Permohonan iCitra KWSP & Nak Buat Pindaan Amaun? Ini Jawapannya

TARIKH TERKINI PERMOHONAN PENGELUARAN iCITRA

Tarikh terkini untuk permohonan pengeluaran iCitra KWSP akan bermula pada:

  • 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021

May be an image of 1 person and text that says 'iCITRA Mohon secara online melalui icitra.kwsp.gov.my bermula 12 Julai 2021 Layari laman web rasmi KWSP www.kwsp.gov.my untuk maklumat lanjut atau hubungi Hotlinei- i-Citra 03-8922 4848 KWSP EPF® fco0 KWSPMalaysia www.kwsp.gov.my'

KAEDAH PERMOHONAN

Permohonan adalah secara online dipautan berikut:

Update Dari KWSP, iCitra Dah Boleh Mohon Mulai 12 Julai Ini. Mohon Secara Online Kat Sini Je!

Rujuk: Cara Mohon iCitra KWSP, Pengeluaran Sehingga RM5,000 & Mohon Secara Online Sahaja

3 SENARIO PENGGUNAAN SIMPANAN AKAUN 2 & AKAUN 1 BAGI PEMBAYARAN iCITRA KWSP

Bayaran i-Citra akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.

Ilustrasi penggunaan Simpanan Akaun 2 & 1 seperti di bawah:

Update Dari KWSP, iCitra Dah Boleh Mohon Mulai 12 Julai Ini. Semak Secara Online Kat Sini Je!

Rujuk: Wang Simpanan Akaun 2 & Akaun 1 KWSP Diguna Untuk Pengeluaran iCITRA. Semak Pembahagiannya Disini

SEBAB AMAUN MAKSIMUM iCITRA HAD RM5,000 SAHAJA

Alert ya mengapa amaun pengeluaran iCitra adalah sebanyak maksimum RM5,000 sahaja?

Ia bertujuan:

  • Membantu ahli untuk menampung kelangsungan hidup dengan mengimbangi keperluan simpanan persaraan.

i-Citra membolehkan ahli yang layak untuk membuat pengeluaran simpanan KWSP mereka sehingga jumlah maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam kedua-dua Akaun 1 dan 2.

Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar secara sehingga lima kali bayaran bulanan sebanyak RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan. Pembayaran pertama i-Citra dijangka dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula Ogos 2021.

Baca juga: Nak Batalkan Permohonan iCitra KWSP & Nak Buat Pindaan Amaun? Ini Jawapannya

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pengeluaran iCitra KWSP di:

  • Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
  • Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  • Media sosial rasmi KWSP
  • Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.