Duit Bantuan Dah Nak Masuk. Waspada! Nama & Logo Bank Negara Malaysia (BNM) Telah Disalahguna. Hati-Hati Jangan Tertipu!

Bulan Februari bakal menyaksikan pelbagai bentuk bantuan diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia bermula dengan bayaran pertam BPR 2021, kemasukan wang iSinar Kategori 1 dan iSinar Kategori 2, Bantuan JKM dan pelbagai lagi.

Jadi, para scammer mencuba nasib dengan menghasilkan laman web perbankan palsu seperti laman web palsu Maybank2U serta tidak terkecuali Bank Negara Malaysia (BNM) yang menjadi mangsa dengan tujuan memperdayakan orang ramai.

Oleh itu. sebagai pengguna laman web perbankan, anda perlu mengambil tahu mengenai kes seumpama ini agar anda tidak menjadi mangsa seterusnya di mana data anda digunakan oleh scammer sehingga anda mengalami kerugian.

NAMA & LOGO BANK NEGARA MALAYSIA DISALAHGUNAKAN

Untuk pengetahuan anda, scammer telah menggunakan nama dan logo Bank Negara Malaysia (BNM) dengan pelbagai tujuan dan antara tujuan mereka ialah:

  • Mencuri data peribadi
  • Mencuri wang dalam akaun tanpa disedari
  • Menipu dalam pelbagai modus operandi
  • Memerangkap mangsa sehingga melibatkan pindahan wang

Jadi, anda semua diminta berhati-hati sekiranya menerima emel, sms, Whatsapp dan panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.

PERKARA YANG TIDAK DILAKUKAN BANK NEGARA MALAYSIA KEPADA PELANGGAN

Anda juga diingatkan bahawa Bank Negara Malaysia sesekali tidak akan:

  • Meminta sesiapa pun memindahkan wang ke dalam akaun pihak ketiga
  • Meminta apa-apa bayaran termasuk cukai atau denda.

Sekiranya terdapat individu yang meminta anda untuk berbuat perkara diatas, sila hubungi BNMTELELINK dipautan:

BNM.MY/LINK

Seterusnya isi borang untuk membuat aduan.

Waspada! Nama & Logo Bank Negara Malaysia (BNM) Telah Disalahguna. Hati-Hati Jangan Tertipu!

Waspada! Nama & Logo Bank Negara Malaysia (BNM) Telah Disalahguna. Hati-Hati Jangan Tertipu!

CONTOH POSTER MENYALAHGUNAKAN NAMA & LOGO BNM

Sedikit saranan, untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa kepada scammer, adalah lebih baik kita sebagai pengguna melengkapkan diri dengan segala pengetahuan sejajar dengan peredaran masa.

Semoga bermanfaat!

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.