Fresh Grad, Buat Ini Kalau Nak Diambil Kerja Tanpa Menunggu Tempoh Masa Yang Lama

Kebanyakan fresh grad akan mengadu bahawa mereka sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerana pelbagai alasan daripada bakal majikan.

Antara alasan popular yang sering dinyatakan oleh majikan adalah para graduan tidak mempunyai sebarang pengalaman yang berkaitan dengan bidang kerja yang diiklankan.

Oleh itu, persiapkan diri semua fresh grad dengan tips yang dikongsikan ini dan tak perlu lagi tunggu dengan tempoh masa yang lama untuk dapatkan kerja.

ALASAN-ALASAN FRESH GRAD TIDAK DITERIMA KERJA

Kebanyakan para graduan sangat berusaha untuk mendapatkan pekerjaan setelah tamat dalam pengajian masing-masing.

Namun bukan rezeki mereka untuk diterima kerja kerana kebanyakan majikan akan memberikan alasan seperti berikut untuk menolak mereka daripada bekerja dengan syarikat tersebut:

  1. Tidak mempunyai pengalaman
  2. Tidak mempunyai kemahiran yang berkaitan
  3. Tidak sesuai dengan jawatan yang dipohon
  4. Tidak yakin dengan kebolehan fresh grad
  5. Graduan mempunyai gred yang rendah
  6. Graduan yang datang daripada universiti yang tidak terkenal
  7. Hanya mempunyai kemahiran soft skill sahaja
  8. Tidak boleh bekerja secara multiskill

Namun, ianya tidak menjadi masalah lagi selepas anda mengikuti tips yang dikongsikan ini.

3 TIPS FRESH GRAD DIAMBIL BEKERJA TANPA MENUNGGU MASA YANG LAMA

Graduan yang ingin terus bekerja selepas bergraduan boleh amalkan 3 tips yang dikongsikan ini.

3 tips tersebut ialah:

1. BELAJAR BENDA BARU

  • Anda mestilah mempunyai sifat sentiasa ingin belajar benda yang baru sepanjang anda bekerja.
  • Pada bahagian pengalaman bekerja, masukkan beberapa pengalaman bekerja part time atau semasa anda praktikal.
  • Masukkan pengalaman bekerja yang sesuai dengan jawatan yang anda mohon.

2. TERIMA TEGURAN

  • Pastikan anda adalah seorang yang positif dan boleh menerima teguran oleh sesiapa sahaja terutamanya yang berkaitan dengan pekerjaan.
  • Macam mana nak tunjukkan dalam resume? Masukkan pada pengalaman kerja atau bahagian pencapaian anda. Jangan lupa masukkan bersama tahun pencapaian anda.
  • Selain itu, anda juga boleh tunjukkan ketika temuduga dengan menghormati semua pandangan yang diberikan oleh panel penemuduga. Akhir sekali ucapkan terima kasih pada panel penemuduga.

3. TERIMA CABARAN

  • Tunjukkan bahawa anda seorang yang boleh menerima apa sahaja cabaran dalam pekerjaan yang bakal anda perolehi.
  • Pastikan anda tidak merungut dengan apa sahaja cabaran yang diberikan oleh ketua atau majikan.
  • Cabaran ini boleh ditunjukkan pada bahagian pengalaman kerja, kemahiran dan pencapaian anda seterusnya, menunjukkan bahawa anda boleh menerima cabaran yang diberika oleh sesiapa sahaja.
  • Contohnya menyiapkan projek yang belum pernah anda lakukan dalam tempoh yang diberikan serta menerima anugerah setelah berjaya dalam projek tersebut.

Adakah anda mendapat sesuatu daripada tips yang dikongsikan ini? Jangan lupa share dan hebahkan dengan rakan-rakan anda yang lain ya!

Fresh Grad, Buat Ini Kalau Nak Diambil Kerja Tanpa Menunggu Tempoh Masa Yang Lama

Baca juga: Cuba 4 Tips Ni Kalau Dah Lama Sangat Tak Dapat Kerja. Confirm Dapat Kerja!

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.