Selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan bermula 12 Mei 2021, umat Islam di negara ini bakal menyambut Hari Raya Aidikfitri dalam keadaan yang sederhana.
Solat sunat Hari Raya Aidilfitri boleh dilakukan di rumah masing-masing kerana kehadiran jemaah ke masjid dihadkan kepada 50 orang sahaja.
Jadi, dapatkan panduan dan cara solat Hari Raya Aidilfitri di rumah dan kediaman seperti yang dikongsikan disini.
APA ITU AIDILFITRI?
Isi Kandungan
Tahukah anda bahawa hukum solat sunat hari raya adalah sunat muakkad iaitu solat sunat yang sangat dituntut melaksanakannya. Solat sunat hari raya dilaksanakan secara berjamaah dan menjadi syiar untuk agama Islam.
Perkataan ‘eid’ ( العِيْدُ ) diambil daripada perkataan ‘audah’ ( العَوْدة ) yang bermaksud kembali atau berulang.
Mungkin kerana hari raya ini berulang dan kembali setiap tahun atau kerana berulangnya kegembiraan menyambutnya.
Manakala fitrah bererti asal kejadian atau kejadian semulajadi sesuatu benda. Dan dinamakan Aidilfitri kerana zakat fitrah diwajibkan ke atas orang Islam pada hari tersebut.
PANDUAN SOLAT HARI RAYA AIDILFITRI
Solat hari raya Aidilfitri dua rakaat hukumnya sunat, segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap takbir.
1. Lafaz niat
Usalli sunnatan liAidil Fitri rak’ataini makmuman lillahi ta’ala
Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala.
2. Lafaz tasbih
CARA MENUNAIKANNYA
Rakaat Pertama
1. Di mulai dengan lafaz takbirratul ihram dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati.
Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala.
2. Membaca doa iftitah
3. Lafaz takbir tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar
4. Membaca surah al-Fatihah
5. Membaca surah al-Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa)
6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama
Rakaat kedua
1. Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
2. Lafaz takbir lima kali di selangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar
3. Membaca surah al-Fatihah
4. Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah)
5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua
6. Memberi salam
INFOGRAFIK PANDUAN & CARA SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI
Anda juga boleh dapatkan panduan ringkas cara solat sunat Hari Raya Aidilfitri berikut untuk lebih faham:
TATACARA SOLAT JEMAAH DI RUMAH
Setelah selesai menunaikan solat sunat raya Aidilfitri, kita (umat Islam) digalakkan untuk mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib sekiranya solat tersebut dilakukan secara berjemaah.
Rukun khutbah Aidilfitri adalah sebagaimana rukun khutbah solat Jumaat. Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.
Selamat menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri ya!
Baca juga: SOP Pelaksanaan PKP 3.0 Seluruh Malaysia Untuk Rujukan Anda
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.