Nak check baki akaun Tabung Haji secara online melalui THiJARI tapi terlupa password la pulak!
Macam mana nak buat ye?
Jangan panik kerana anda boleh log masuk dengan 3 cara yang mudah seperti yang akan dikongsikan disini nanti. Ikut sahaja setiap langkah melalui perkongsian ini satu persatu.
PERKHIDMATAN THiJARI ONLINE
Isi Kandungan
Antara perkhidmatan yang disediakan oleh THiJARI Online ialah:
- Menyemak akaun
- Mencetak penyata akaun
- Membuat pindahan wang
- Membuat urusan perkhidmatan Haji
- Melakukan urusan Kelab TaHa secara dalam talian
Baca juga: THiJARI : Tabung Haji Online. Dapatkan Cara Daftar & Semak Baki Disini
3 CARA RESET PASSWORD THIJARI
Terdapat 3 cara mudah untuk reset password akaun THiJARI anda seperti yang dikongsikan ini iaitu:
- Buka dahulu aplikasi THiJARI anda
- Klik TERLUPA BUTIRAN LOG MASUK.
- Kemudian, lengkapkan butiran/maklumat yang diperlukan pada ruang yang disediakan.
- Klik HANTAR.
- Seterusnya klik MOHON TAC.
- Tunggu nombor TAC dihantar ke telefon bimbit anda.
- Seterusnya masukkan semula nombor TAC yang dihantar pada ruang yang disediakan.
- Tetapkan PASSWORD baru dan log masuk THiJARI anda dengan password baru.
Mudah dan cepatkan bukan?
Jadi, anda sudah boleh membuat semakan baki serta urusan yang lain melalui aplikasi THiJARI sahaja.
JANJITEMU TABUNG HAJI
Perlu hadir ke kaunter Tabung Haji untuk urusan yang penting dan secara bersemuka?
Jangan lupa untuk membuat janji temu terlebih dahulu sebelum hadir ke cawangan Tabung Haji yang terdekat dengan anda.
Bagaimana nak buat janji temu Tabung Haji?
INFO & PERTANYAAN LANJUT
Sebarang pertanyaan dan info selanjutnya mengenai THiJARI, sila hubungi cawangan Tabung Haji yang berdekatan atau hubungi Tabung Haji Contact Centre di saluran berikut:
- Telefon : +603 – 6207 1919
- Faks : +603 – 7728 4959
- Emel : [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.