Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Apa Itu Pelan Bayaran Mudah Tenaga Nasional Berhad (TNB)? Perlu Mohon Ke?

2,671

Pihak Kerajaan dan semua syarikat yang berkaitan sangat memahami kesusahan yang dialami oleh rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sehingga Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberikan beberapa inisiatif kepada pemilik rumah.

Antara inisiatif yang diberikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) ialah Diskaun Bil Elektrik dan Program Rebat Bil Elektrik sebanyak RM 40.

Mungkin anda juga tidak tahu mengenai inisiatif yang diperkenalkan oleh TNB iaitu Pelan Bayaran Mudah untuk bayaran bil bagi jenis kediaman. Apa itu Pelan Bayaran Mudah TNB? Ini jawapannya.

TEMPOH PELAN BAYARAN MUDAH DITAWARKAN

Berapa lamakah tempoh untuk inisiatif Pelan Bayaran Mudah ini ditawarkan kepada orang ramai?

Ianya ditawarkan dalam tempoh selama 18 bulan bermula:

  • 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021

SYARAT PELAN BAYARAN MUDAH TNB

Tidak semua premis yang layak untuk menyertai Pelan Bayaran Mudah TNB ini kerana syarat yag ditetapkan oleh TNB adalah seperti berikut:

  • Premis adalah jenis kediaman sahaja (Tarif A-Domestik)
  • Pengguna domestik yang mempunyai tunggakan bil elektrik tidak melebihi 6 bulan setakat 31 Disember 2020.

PERMOHONAN PELAN BAYARAN MUDAH TNB

Nak mohon Pelan Bayaran Mudah TNB?

Untuk menikmati Pelan Bayaran Mudah TNB ini, anda semua tidak perlu membuat sebarang permohonan kerana ia ditawarkan secara automatik mengikut syarat seperti di atas iaitu mempunyai tunggakan bil elektrik tidak melebihi 6 bulan setakat 31 Disember 2020.

PERINGKAT BAYARAN PELAN BAYARAN MUDAH

Terdapat 2 peringkat yang ditawarkan untuk inisiatif Pelan Bayaran Mudah TNB iaitu:

  • Tempoh 12 bulan pertama: Januari hingga Disember 2021
  • Tempoh 6 bulan seterusnya: Januari hingga Jun 2022

MAKLUMAT PELAN BAYARAN MUDAH

Mana nak dapatkan maklumat Pelan Bayaran Mudah TNB?

Kalau anda nak tahu, maklumat ini akan dipaparkan di dalam kotak kuning di sudut kanan atas pada bil elektrik seperti contoh dibawah:

Apa Itu Pelan Bayaran Mudah Tenaga Nasional Berhad (TNB)? Perlu Mohon Ke?

Tetapi maklumat Pelan Bayaran Mudah di dalam bil anda kerana:

  • Jumlah tunggakan bil melebihi 6 bulan setakat 31 Disember 2020
  • Akaun TNB bukan didaftarkan sebagai pengguna Kediaman. Hanya pengguna kediaman sahaja yang diberikan Pelan Bayaran Mudah
  • Bil Manual dan Bil Akhir (Final bill)

PEMBAYARAN ANSURAN

Bagi anda yang ditawarkan dengan Pelan Bayaran Mudah dibenarkan untuk memohon pembayaran ansuran dengan:

  • Mengunjungi Kedai Tenaga yang terdekat
  • Hubungi TNB Careline (1-300-88-5454)
Nota: Permohonan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh TNB
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila tonton video yang dikongsikan ini.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...