Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan Dilanjutkan Selama 6 Bulan Sehingga 31 Disember 2021

Sebelum ini kerajaan mengumumkan pengecualian ke atas kenderaan penumpang melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) berkuatkuasa 15 Jun 2021 sehingga 31 Disember 2020.

Berikutan pandemik Covid-19 masih lagi belum berakhir sehingga memaksa kerajaan melaksanakan kembali PKP Penuh 3.0, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pengecualian cukai jualan sehingga 30 Jun 2021.

Dan terkini, kerajaan telah melanjutkan lagi pengecualian cukai jualan kenderaan sehingga 31 Disember 2021.

Baca juga: Yang Ditunggu Telah Diumumkan! Inilah Senarai Terkini Bantuan PEMULIH Buat Semua Rakyat

INFO RINGKAS PENGECUALIAN CUKAI JUALAN KENDERAAN

Menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi negara (PENJANA) kerajaan akan mengecualikan cukai jualan sepenuhnya bagi kereta penumpang CKD dan 50 peratus bagi model CBU.

Penurunan harga kereta penumpang bagi kereta pemasangan tempatan (CKD) dan model import sepenuhnya (CBU) bergantung kepada beberapa faktor termasuk harga barang komponen CKD, kos buruh, eksais duti dan caj pemasangan yang dikenakan.

Pengecualian cukai jualan kenderaan cukup untuk menarik minat belian pengguna kerana kebiasaannya syarikat pengeluar akan tampil dengan inisiatif tersendiri untuk menggalakkan jualan.

KRONOLOGI TARIKH PENGECUALIAN CUKAI JUALAN KENDERAAN

Berikut adalah kronologi tarikh pengecualian cukai jualan kenderaan bermula daripada pengumuman Perdana Menteri melalui Pelan Jana Semula Ekonomi negara (PENJANA):

  • Tarikh Pelaksanaan: 15 Jun hingga 31 Disember 2020
  • Tarikh Lanjutan Pertama: 1 Januari hingga 30 Jun 2021
  • Tarikh Lanjutan Kedua: 1 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021

PENGECUALIAN CUKAI TERLIBAT

Antara pengecualian cukai jualan yang terlibat adalah seperti berikut:

  • Pengecualian cukai jualan sepenuhnya ke atas kereta penumpang termasuk MPV dan SUV pemasangan tempatan (CKD).
  • Pengecualian cukai jualan sebanyak 50 peratus dikenakan ke atas kenderaan penumpang pemasangan luar negara (CBU) termasuk MPV dan SUV merangkumi CBU import baharu dan CBU import terpakai.

HARGA TERKINI KENDERAAN 2021

Berikut adalah harga terkini kenderaan 2021 selepas pengecualian cukai jualan kenderaan:

Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan Dilanjutkan Selama 6 Bulan Sehingga 31 Disember 2021

Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan Dilanjutkan Selama 6 Bulan Sehingga 31 Disember 2021

Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan Dilanjutkan Selama 6 Bulan Sehingga 31 Disember 2021

Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan Dilanjutkan Selama 6 Bulan Sehingga 31 Disember 2021

Baca juga: Cara Mohon iCitra KWSP, Pengeluaran Sehingga RM5,000 & Mohon Secara Online Sahaja

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.