Cara Pergi Pulau Langkawi Bawa Kereta Sendiri Guna Ro Ro, Ikuti Langkah-Langkah Ini. Senang Je!

Mungkin ramai yang nak pergi ke Pulau Langkawi dengan membawa kenderaan masing-masing dan boleh berjimat tanpa perlu menyewa kenderaan di sana.

Kalau anda nak bawa kenderaan anda ke Pulau Langkawi, anda boleh menggunakan perkhidmatan langkawi Auto atau Ro Ro yang terdapat di Kuala Perlis.

Macam mana nak gunakan perkhidmatan Langkawi Auto atau Ro Ro ini?

2 CARA GUNA PERKHIDMATAN LANGKAWI AUTO ATAU RO RO

Terdapat 2 cara mudah untuk menggunakan perkhidmatan Langkawi Auto atau Ro Ro iaitu:

1. Beli Tiket Di Kaunter

  • Anda boleh membeli tiket di kaunter tiket di Kuala Perlis sama ada Langkawi Auto atau Ro Ro.
  • Bawa salinan geran kereta dan salinan kad pengenalan anda untuk membeli tiket Langkawi Auto atau Ro Ro.
  • Tunggu hari untuk belayar ke Pulau Langkawi sahaja setelah siap membeli tiket.

2. Beli Tiket Di Online

  • Buka pautan berikut LANGKAWI AUTO atau Ro Ro dan buat tempahan tiket Langkawi Auto atau Ro Ro secara online sahaja.
  • Selepas pembelian tiket secara online, anda perlu email/whatapps geran dan nombor kad pengenalan anda.

HARGA PERKHIDMATAN LANGKAWI AUTO & RO RO

Anda boleh semak harga perkhidmatan membawa kenderaan ke Pulau Langkawi menggunakan Langkawi Auto dan Ro Ro seperti lampiran di bawah:

Cara Pergi Pulau Langkawi Bawa Kereta Sendiri Guna Ro Ro, Ikuti Langkah-Langkah Ini. Senang Je!

Cara Pergi Pulau Langkawi Bawa Kereta Sendiri Guna Ro Ro, Ikuti Langkah-Langkah Ini. Senang Je!

Anda boleh membuat semakan di laman web Langkawi Auto dan Ro Ro untuk harga yang lebih tepat sekiranya terdapat sebarang perubahan.

DOKUMEN & MAKLUMAT DIPERLUKAN

Sediakan 5 dokumen sokongan berikut semasa anda membuat tempahan tiket serta ketika berada di Kuala Perlis sebelum menaiki feri:

  1. Salinan kad pengenalan dan lesen memandu
  2. Salinan kad pengenalan penumpang
  3. Salinan geran kereta
  4. Butiran penumpang iaitu nama dan nombor kad pengenalan
  5. Nombor telefon pemandu kereta

Bagi anda yang bukan pemilik kenderaan dan geran kenderaan atas nama orang lain, sila sediakan dokumen berikut:

  • Surat kebenaran dari pemilik kenderaan (authorization letter)

Anda boleh membuat tempahan seawal 1 bulan dan selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh masuk ke Pulau Langkawi.

PROSEDUR MENGGUNAKAN LANGKAWI AUTO & RO RO

PERJALANAN PERGI

  • Pastikan juga anda berada di jeti Kuala Perlis sekurang-kurangnya 2 jam sebelum belayar.
  • Pergi ke kaunter Langkawi Auto atau Langkawi Ro Ro.
  • Serahkan tiket yang anda telah booking untuk check in dan pengesahan. Lepas check in masuk dalam kereta dan beratur untuk masuk ke dalam kargo.
  • Masa ni staff mereka akan berikan kepada anda surat kastam. Yang ni anda perlu simpan sehingga tiba di Pulau Langkawi.
  • Masa nak masuk macam biasa kita kena scan MySejahtera. Kemudian ada tambahan pihak APM akan bg barcode untuk kita isi form sebagai tujuan keselamatan penumpang. Isi ni siap2 sebab masa sampai Pulau Langkawi mereka akan check semula.
  • Bila kereta dah naik atas kargo dan parking semua anda boleh turun dan naik ke tingkat atas untuk memgambil tempat duduk. Ada di sediakan seat dan meja makan.
  • Perjalanan membawa kereta menggunakan perkhidmatan ini mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit hingga 2 jam.
  • Selepas hampir 2 jam perjalanan anda akan tiba di Pelabuhan Tanjung Lembong. Jauh sikit dari jetty Langkawi.
  • Masa ni start kereta naik ke darat melalui Kastam. Kastam akan check surat kastam yang anda dapat. Kemudian keluar sampai gate pihak APM akan minta barcode yang anda isi sebelum belayar tadi.

PERJALANAN PULANG

  • Check in di kaunter tiket Langkawi Auto atau Ro Ro yang anda beli tiket 2 jam awal sama seperti perjalanan pergi.
  • Pihak Langkawi Auto atau Ro Ro akan berikan 1 borang Kastam. Anda akan mendapat borang original dan salinan.
  • Dah habis check in semua, sila beratur di gate kastam nombor 3. Masa ini pihak Kastam akan check semua dan buka bonet kereta serta sebagainya
  • Pihak Kastam akan ambik borang kastam yang original.
  • Dah selesai, beratur tunggu kargo. Masuk dalam kargo macam biasa. Belayar pulang selama hampir 2 jam sehingga sampai ke jeti Kuala Perlis
  • Selamat sampai.

Mudah rupanya kan? Selamat bercuti dan jaga diri serta ikut SOP ya!

Baca juga: Dah Boleh Melancong Kan? Amalkan TRIIS Ketika Melancong Nanti Ya!

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.