Permohonan Subsidi Internet Kerajaan Selangor (SISM40) Dibuka Mulai 1 Julai Ini. Mohon Secara Online & Ini Caranya

Menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 yang telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Skim Internet Selangor atau Subsidi Internet bakal diberikan kepada rakyat Selangor yang layak.

Permohonan Skim Internet Selangor Kategori M40 (SISM40) boleh dibuat secara online seperti yang akan dikongsikan disini nanti.

Selain itu, melalui PEMULIH, kerajaan telah mengumumkan mengenai lanjutan pemberian data 1GB percuma harian kepada mereka yang layak.

Rujuk: PEMULIH: Lanjutan 1GB Percuma Sehingga Disember, Dinikmati Sehingga Hujung Tahun

SKIM INTERNET SELANGOR KATEGORI M40 (SISM40)

Kerajaan Selangor menawarkan kemudahan internet tanpa had kepada golongan B40 dan M40 di Selangor yang kini berdepan dengan cabaran pandemik Covid-19 bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya menyedari akses kepada internet adalah nadi kelangsungan perniagaan dan pembelajaran golongan berkenaan.

GOLONGAN SASARAN

Program Data Internet Selangor membabitkan penawaran bersubsidi kad SIM dengan kemudahan data internet tanpa had kepada golongan sasaran khasnya dari golongan B40 dalam masa terdekat.

Golongan sasaran tersebut ialah:

  • Penjaja kecil
  • Pelajar
  • Ibu tunggal
  • Pemandu teksi
  • Warga emas
  • Pekerja ekonomi gig

TAWARAN SKIM INTERNET SELANGOR KATEGORI M40 (SISM40)

Program ini  menawarkan produk kad SIM data internet tanpa had dengan kadar istimewa iaitu:

  • RM35 sebulan yang akan diberi subsidi RM20 sebulan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) untuk tempoh 12 bulan.
  • Setiap penerima hanya perlu membayar RM15 dan selebihnya RM20 akan dibayar oleh MBI

3 PAKEJ DISEDIAKAN

Terdapat 3 pakej yang disediakan menerusi Skim Internet Selangor Kategori M40 (SISM40) iaitu:

  • Pakej Keluarga
  • Pakej Bujang
  • Pakej Asas

Setiap isi rumah akan berpeluang menikmati subsidi antara RM10 hingga RM30 sebulan bagi tempoh setahun.

Permohonan Subsidi Internet Kerajaan Selangor (SISM40) Dibuka Mulai 1 Julai Ini. Mohon Secara Online & Ini Cara

KELAYAKAN PERMOHONAN

Kelayakan permohonan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Selangor sekurang kurangnya 5 tahun ke atas.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Lingkungan gaji isi rumah di antara RM4,800 sehingga RM11,000
  • Satu isi rumah hanya layak untuk melanggan sekali sahaja
  • Permohonan dibuka kepada individu sahaja dan bukan kepada perniagaan atau penggunaan premis perniagaan
  • Pengguna perkhidmatan unifi Home sedia ada tidak layak memohon melainkan yang masih menggunakan perkhidmatan unifi Lite atau Streamyx

CARA MOHON SKIM INTERNET SELANGOR KATEGORI M40 (SISM40)

Permohonan adalah secara online dipautan berikut:

  • Pilih pakej
  • Buat semakan kelayakan
  • Semak status permohonan
  • Setelah permohonan diluluskan, pemasangan internet mengikut pakej yang telah dipilih.

Baca juga: Pakej Kita Selangor 2.0. Ini Senarai Penuh Bantuan Bakal Dinikmati Semua Golongan Masyarakat Di Selangor

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut mengenai permohonan Skim Internet Selangor Kategori M40 (SISM40) disaluran berikut:

  • 03-50304595/4596 (Isnin-Jumaat dari 9 pagi hingga 5 petang) kecuali cuti umum
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.