Menyedari ramai pencarum KWSP yang sangat memerlukan wang untuk kelangsungan hidup akibat pandemik Covid-19 tetapi tidak layak untuk memohon pengeluaran i-Sinar melalui kategori 1, pihak KWSP akan mempertimbangkan setiap permohonan kemudahan pengeluaran i-Sinar di bawah ketegori yang kedua.
Seperti sedia maklum, perincian permohonan untuk pengeluaran iSinar dibahagikan kepada 2 kategori dan kategori 1 diluluskan secara automatik berbanding kategori 2.
Permohonan pengeluaran iSinar boleh dilakukan bermula 21 Disember 2020 ini secara online melalui i-Akaun dan portal iSinar dan klik sini untuk info selanjutnya.
PERTIMBANGAN PERMOHONAN PENGELUARAN i-SINAR
Isi Kandungan
Antara pertimbangan permohonan pengeluaran i-Sinar yang dinyatakan oleh Ketua Pegawainya Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias ialah:
- Pencarum yang terjejas dari segi kewangan tidak kira pendapatan kecil atau besar tetapi tidak layak membuat permohonan untuk i-Sinar di bawah kategori pertama, boleh memohon untuk kemudahan itu bawah kategori kedua.
- KWSP menyarankan kepada ahli untuk menyiapkan dokumen yang boleh menunjukkan impak atau kesan terjejas pendapatan dan hantar kepada KWSP pada 11 Januari 2021.
- KWSP akan membuat pertimbangan setiap permohonan bagi memastikan pintu pertolongan tidak tertutup kepada sesiapa.
DOKUMEN BUKTI JEJAS PENDAPATAN
Antara dokumen yang perlu disediakan ialah:
- Notis berhenti kerja
- Notis cuti tanpa gaji
- Notis potongan gaji
- Notis potongan elaun
- Notis potongan elaun kerja lebih masa
- Penyata akaun perniagaan atau laporan pendapatan bulanan
Dapatkan info penuh berkaitan dokumen sokongan permohonan pengeluaran i-Sinar disini dan jadikan sebagai rujukan.
2 KATEGORI PERMOHONAN i-SINAR
Tetapi, jangan lupa untuk daftar dan kemaskini maklumat anda melalui i-Akaun dan dapatkan TAC di kiosk KWSP sahaja. Mudah dan cepat serta dapatkan cara daftar di pautan berikut:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.