Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

PKP 2.0: Kelonggaran Rentas Negeri Individu Terkandas Hingga Jumaat Ini

1,641

Pengumuman pelaksanaan PKP, PKPB dan PKPP telah dibuat oleh Perdana Menteri dan telah bermula pada hari Rabu 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021 iaitu dalam tempoh selama 14 hari.

Baca juga: 14 Info Penting PKP, PKPB & PKP 2021 Yang Anda Perlu Alert

Malahan bagi anda yang perlu merentas negeri perlu download Borang Kebenaran Rentas Negeri dan dapatkan cara membuat permohonannya di sini.

Jadi, bagi mereka yang terkandas untuk pulang ke kediaman masing-masing pula, apa yang perlu mereka lakukan?

KELONGGARAN RENTAS NEGERI INDIVIDU TERKANDAS HINGGA JUMAAT

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan budi bicara bagi memberikan kelonggaran kepada individu yang terkandas untuk pulang ke kediaman masing-masing dalam minggu ini sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya memahami kesulitan yang dialami oleh orang awam dan secara peribadinya telah memaklumkan kepada anggota serta pegawainya agar sentiasa menggunakan budi bicara mengikut keperluan.

TEMPOH KELONGGARAN RENTAS NEGERI INDIVIDU TERKANDAS

Tempoh kelonggaran rentas negeri bagi individu terkandas adalah sehingga:

  • Hari: Jumaat
  • Tarikh: 15 Januari 2021

Kelonggaran ini diberikan kepada semua individu termasuk yang menaiki pesawat dan sebagainya. Ini adalah kerana ramai keluarga berada di luar negeri disebabkan bercuti, mengunjungi saudara atau sebagainya dan mungkin terkandas.

Sekiranya ada individu yang memberi alasan hendak mengambil anak di kampung, mereka boleh dapatkan surat kebenaran rentas negeri di balai polis.

KOMPAUN RM1,000, ARAHAN PATAH BALIK

Bagi anda yang masih berdegil ingkar arahan pula akan diarah patah balik dan kompaun RM1,000 akan dikenakan terhadap pengguna jalan raya yang tidak mempunyai surat kebenaran polis ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di Alor Setar, Kedah.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, tindakan serius terpaksa dilakukan kerana pihaknya tidak mahu ada yang cuba mengambil kesempatan masuk ke Alor Setar tanpa kebenaran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

PKP 2.0: Kelonggaran Rentas Negeri Individu Terkandas Hingga Jumaat Ini

KENDERAAN KOMERSIAL TIDAK PERLU MOHON SURAT KEBENARAN

Untuk kenderaan komersial pula, MOT memaklumkan pemilik kenderaan komersial hanya perlu mengemukakan surat pengesahan daripada majikan apabila diminta petugas penguat kuasa dan lorong khas akan disediakan di semua sekatan jalan raya untuk kenderaan komersial.

Bagi syarikat logistik lain seperti syarikat penghantaran barang dan pengendali gudang yang berdaftar dengan persatuan, MOT memberitahu kebenaran daripada kementerian boleh diperoleh daripada persatuan masing-masing.

Caranya mudah sekali iaitu:

  • Kemukakan surat kebenaran bersama-sama bukti keahlian dalam persatuan apabila diminta oleh petugas penguat kuasa di sekatan jalan raya.
  • Bagi syarikat yang tidak berdaftar dengan mana-mana persatuan atau pertubuhan bukan kerajaan pula, surat kebenaran boleh dimohon menerusi https://application.mot.gov.my/

PKP 2.0: Kelonggaran Rentas Negeri Individu Terkandas Hingga Jumaat Ini

Baca juga: BPN 2.0: Bayaran Fasa Kedua Bermula 21 Januari 2021, Semak Bayaran Secara Online

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...