Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Program Insentif Usahawan UDA Untuk PKS & Mikro 2021. Semak Cara Mohon & Syarat Kelayakan Disini

1,150

Terdapat pelbagai program telah diaturkan untuk membantu usahawan terutamanya dari golongan PKS dan Mikro. Bertujuan untuk membantu usahawan PKS dan Mikro dan perniagaan masing-masing, UDA Holdings Berhad dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menyediakan Program Insentif Usahawan untuk menyokong perniagaan usahawan ini.

Untuk pengetahuan anda juga, terdapat 7 jenis program yang ditawarkan dan dibahagikan kepada 3 kategori.

Seterusnya dapatkan maklumat mengenai syarat kelayakan permohonan dan cara permohonan melalui perkongsian ini.

Ingin sertai Program JUMPER PUNB 2021? Klik disini dan mohon dengan segera kerana anda akan menerima elaun sebanyak RM1,200 sepanjang program dijalankan.

SYARAT PEMILIHAN PERMOHONAN PROGRAM INSENTIF USAHAWAN UDA

Antara syarat untuk pemilihan permohonan Program Insentif Usahawan UDA ialah:

  • Memenuhi kriteria perusahaan PKS dan Mikro (pemilikan tunggal dan perkongsian) sebagaimana yang ditetapkan.
  • Perusahaan PKS dan Mikro adalah milik warganegara Malaysia (warganegara Malaysia memegang saham perniagaan minimum 51%).
  • Perusahaan PKS & Mikro yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (“SSM”), atau badan profesional berkanun.
  • Perusahaan mikro beroperasi minimum satu (1) tahun. Usahawan mikro berumur antara 21 hingga 60 tahun pada tarikh permohonan.
  • Permohon tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah dan tidak pernah diisytiharkan muflis / senarai hitam oleh bank. Pemohon yang sedang berada di dalam proses kebankrapan dan / atau proses tindakan Mahkamah juga tidak layak memohon.
  • Pemohon bukan merupakan keluarga terdekat dengan mana-mana kakitangan UDA Holdings Berhad. Keluarga terdekat merujuk kepada pasangan suami / isteri dan anak-anak.
  • Bagi pemohon pasangan suami isteri / adik-beradik, hanya salah seorang sahaja yang layak dipertimbangkan. Hanya salah seorang sahaja daripada pasangan suami / isteri / adik-beradik untuk setiap pengambilan.
  • Pemohon tidak bekerja, sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta.
  • Pemohon tidak pernah menyertai program usahawan yang dianjurkan oleh UDA sebelum ini.
  • Sekiranya didapati bahawa pemohon tidak memenuhi mana-mana kriteria tersebut diatas, pemohon secara langsung adalah TIDAK LAYAK untuk dipertimbangkan. Sekiranya didapati terdapat kepalsuan maklumat yang dikemukakan, permohonan akan DIBATALKAN serta-merta.
  • Semua insentif usahawan ini hanya terpakai kepada usahawan yang akan menggunakan ruang atau berniaga di bangunan milik atau yang disediakan oleh UDA Holdings Berhad.
  • Untuk menjana dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam bidang pengurusan dengan menjadi teras perniagaan UDA seperti industri perhotelan (hospitaliti), industri peruncitan (mall) dan industri penyelanggaraan (fasiliti).
  • Untuk membantu usahawan bumiputera yang berhasrat untuk membuka perniagaan sendiri dengan memberi pendedahan pengetahuan / kemahiran dan pengalaman di dalam bidang teras perniagaan UDA seperti industri perhotelan (hospitaliti), industri peruncitan (mall) dan industri penyelanggaraan (fasiliti).

CARA PERMOHONAN PROGRAM INSENTIF USAHAWAN UDA

Sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini sekiranya anda berminat untuk membuat permohonan untuk menyertai Program Insentif Usahawan UDA.

PERMOHONAN

  • Pemohon membuat permohonan kepada UDA Mall bagi menyewa ruang niaga tetap / ruang promosi.

Sertakan bersama dokumen berikut ketika membuat permohonan:

  • Dapatkan borang Permohonan Program Insentif Usahawan UDA dipautan berikut: https://udamalls.com.my/insentif-usahawan/
  • Salinan kad pengenalan.
  • Maklumat perniagaan seperti jenis perniagaan, alamat perniagaan, pendapatan tahunan, maklumat pemilik perniagaan, bilangan pekerja dan lain-lain.
  • Salinan bukti pendapatan perniagaan (contoh: Borang B Cukai Pendapatan, penyata bank enam (6) bulan terkini).
  • Salinan bukti operasi perniagaan (contoh: perakuan pendaftaran perniagaan, permit berniaga).
  • Salinan bil utiliti.
  • Lain-lain dokumen relevan untuk permohonan yang ditentukan oleh UDA (jika berkaitan).

Anda boleh menghantar borang permohonan melalui dua kaedah seperti berikut:

PENILAIAN

  • Permohonan yang memenuhi kriteria yang ditetapkan akan dibawa ke Jawatankuasa Tenansi Penyewaan dan Promosi (JTPP).
  • JTPP akan membuat penilaian dan seterusnya mendapatkan kelulusan Ketua Bahagian Mall.

MAKLUMAN

Status permohonan Program Insentif Usahawan UDA akan dimaklumkan kepada pemohon sama ada berjaya atau tidak.

Pihak UDA Mall akan menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan bagi permohonan yang telah diluluskan seperti:

  • Surat Tawaran
  • Surat Akuan Terima Tawaran
  • Perjanjian Penyewaan
  • Dokumen yang berkaitan

7 JENIS PROGRAM YANG DITAWARKAN

Terdapat 7 jenis program yang ditawarkan iaitu:

  • UDA Bizznita Promotion Space: Menawarkan ruang niaga yang strategik di setiap bangunan dan premis milik UDA.
  • UDA Bizznita Fashion Street: Menawarkan ruang niaga yang strategik di setiap bangunan dan premis milik UDA.
  • UDA Bizznita Fincare: Sumbangan pembiayaan perniagaan kepada usahawan
  • UDA 4Youth Promotion Space: Menawarkan ruang niaga yang strategik di setiap bangunan milik UDA.
  • UDA 4Youth Fashion Street: Menawarkan ruang niaga yang strategik di setiap bangunan milik UDA.
  • SME Hub / One Stop Retail Centre: Menyediakan lokasi atau ruang bersesuaian sebagai hub untuk usahawan menjalankan perniagaan.
  • Angsana Virtual Mall: Usahawan akan ditawarkan berniaga di atas talian dengan menggunakan platform yang telah disediakan iaitu laman sesawang Angsana Virtual Mall dan aplikasi Yezza.

Program Insentif Usahawan UDA Untuk PKS & Mikro 2021. Semak Cara Mohon & Syarat Kelayakan Disini

LOKASI PROGRAM INSENTIF USAHAWAN UDA

Terdapat beberapa lokasi yang terpilih untuk Program Insentif Usahawan UDA seperti:

  • Program perniagaan secara online
  • Hentian Duta, Kuala Lumpur
  • Angsana Ipoh Mall, Perak
  • Pertama Complex, Kuala Lumpur
  • Bangunan Cahaya Suria, Kuala Lumpur
  • Angsana Johor Bahru Mall, Johor
  • UTC KL @ Pudu Sentral, Kuala Lumpur
  • Angsana Seremban, Negeri Sembilan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Program Insentif Usahawan UDA, sila dapatakan di saluran berikut:

Laman web: https://udamalls.com.my/insentif-usahawan/

ATAU

Terus ke Pejabat Pengurusan di alamat berikut:

Angsana Johor Bahru Mall

U.p.: Pn. Nurfaizah Abd. Rahman
Management Office, UDA Angsana Sdn Bhd,
L1.33A, Level 1, Angsana Johor Bahru Mall,
Jalan Skudai, Pusat Bandar Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor.

Angsana Ipoh Mall

U.p.: Pn. Mariatul Zakiah Abd Hamid
Management Office, UDA Mall Sdn Bhd,
Lot G24 Ground Floor,
Jalan Raja Ashman Shah, 30450 Ipoh, Perak.

Angsana Seremban

U.p.: Pn. Nor Hayati Mohd Noh
UDA Mall Sdn Bhd, Pejabat Pengurusan UTC,
Lot 1.26, Tingkat 1, UTC Negeri Sembilan @ Angsana Seremban,
Jalan Kuala Pilah, Ampangan, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.

Pertama Complex

U.p.: Pn. Norieni Basiron
Management Office, UDA Pertama Sdn Bhd,
Lot RG-B, RG Floor, Pertama Complex,
Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur.

UTCKL @ Pudu Sentral

U.p.: Pn. Siti Mariam Ahmad
Management Office, UDA Mall Sdn Bhd,
Lot BB-06, Tingkat Basement, Bangunan Pudu Sentral,
Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur.

Bangunan Cahaya Suria

U.p.: Pn. Siti Mariam Ahmad
Management Office, UDA Mall Sdn Bhd,
6th Floor, Bangunan Cahaya Suria,
Jalan Tun Tan Siew Sin, 50500 Kuala Lumpur.

Hentian Duta

U.p.: Pn. Sharina Shahadan
Management Office, UDA Mall Sdn Bhd,
Blok A, Mezzanine Floor, Bangunan Hentian Duta,
Jalan Persiaran Duta, 50480 Kuala Lumpur.

Individual Properties

U.p.: Pn. Siti Mariam Ahmad
Management Office, UDA Mall Sdn Bhd,
Lot BB-06, Tingkat Basement, Bangunan Pudu Sentral,
Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...