Usahawan yang masih sayangkan perniagaan masing-masing boleh membuat permohonan untuk mengikuti Program Pemulihan Kredit MARA yang telah dibuka permohonannya.
Sekurang-kurangnya anda boleh menyelamatkan perniagaan anda menerusi Program Pemulihan Kredit MARA dengan hanya mengisi borang secara online sahaja
Dapatkan maklumat mengenai permohonan untuk mengikuti Program Pemulihan Kredit MARA disini dan buat permohonan anda sekiranya anda sayangkan perniagaan anda.
INFO RINGKAS PROGRAM PEMULIHAN KREDIT MARA
Isi Kandungan
Program Pemulihan Kredit MARA dilancarkan oleh MARA melalui Penjadualan dan Penstrukturan (R&R) semula bayaran balik Skim Pembiayaan Perniagaan bagi membantu usahawan yang terkesan dapat meneruskan meneruskan kelangsungan perniagaan dengan menyusun semula kaedah bayaran balik agar lebih tersusun dan munasabah.
GOLONGAN SASARAN
Golongan sasaran yang digalakkan untuk memohon Program Pemulihan Kredit MARA adalah seperti berikut:
- Usahawan yang menghadapi kesukaran membayar balik pembayaran perniagaan.
- Aliran tunai syarikat anda ketat.
- Usahawan yang memerlukan ansuran bulanan yang lebih rendah ketika ini.
- Usahawan yang memerlukan peluang kedua untuk terus mendapatkan kemudahan MARA.
- Usahawan yang ingin memperbaiki Skor Kredit.
KAEDAH PROGRAM PEMULIHAN KREDIT
Terdapat 2 kaedah Program Pemulihan Kredit yang dijalankan adalah seperti berikut:
1. Penjadualan Semula
- Penjadualan semula dengan pemanjangan tempoh bayaran balik sehingga 36 bulan.
2. Penstrukturan Semula
- Penstrukturan semula bayaran balik dengan menukar kaedah bayaran balik daripada secara sekaligus kepada secara bulanan sehingga 120 bulan tertakluk kepada terma dan syarat.
DOKUMEN PERMOHONAN
Sediakan dokumen berikut untuk membuat permohonan Program Pemulihan Kredit MARA agar proses permohonan anda berjalan dengan lancar:
- Surat Permohonan R&R*
- Penyata Kewangan Beraudit 2 tahun terkini
- Akaun Pengurusan (6 bulan terkini)
- Penyata Bank 3 bulan terkini (Untuk perniagaan)*
- Maklumat lain-lain pendapatan (Sekiranya ada)
- Surat Kebenaran Penjamin untuk memohon R&R*
*Mandatori
PERMOHONAN PROGRAM PEMULIHAN KREDIT MARA
Lengkapkan borang permohonan dipautan ini:
- Isikan maklumat dengan betul dan tepat. Jangan buat penipuan ketika mengisi borang permohonan anda.
- Klik HANTAR untuk menghantar permohonan anda.
Baca juga: Cara Mohon Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) MARA Secara Online
MAKLUMAT LANJUT & PERNIAGAAN
Untuk dapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Program Pemulihan Kredit MARA, sila hubungi R&R Careline di talian berikut:
- 019-244 5121/019-271 0449
- [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.