Permohonan Terbuka Program Perumahan Rakyat (PPR) Disewa Batu Arang, Labuan. Ini Syarat & Cara Mohon
Penduduk Wilayah Persekutuan Labuan yang ingin mempunyai rumah sendiri dengan bayaran bulanan yang mampu milik, boleh membuat permohonan melalui Program Perumahan Rakyat (PPR) yang dibuka oleh Perbadanan Labuan.
Permohonan terbuka PPR Disewa Batu Arang, Labuan ini boleh dilakukan mulai sekarang secara online melalui laman rasmi Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Dapatkan syarat permohonan yang telah ditetapkan untuk rujukan anda sebelum anda membuat permohonan.
APA ITU PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR) DISEWA?
Isi Kandungan
Projek Perumahan Rakyat (PPR) adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan bagi yang berkelayakan serta memenuhi keperluan tempat kediaman bagi gologan berpendapatan rendah terutamanya golongan B40.
INFO RINGKAS PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR) DISEWA
Berikut adalah info ringkas mengenai Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Arang, Labuan:
- Lokasi: PPR Batu Arang, Labuan
- Kadar sewaan sebulan: RM250
- Tarikh tutup permohonan: 31 Julai 2021
- Kategori PPR: Disewa
JENIS UNIT KEDIAMAN
Jenis unit kediaman adalah seperti berikut:
- Apartment/Pangsa berbilang tingkat
- Berkeluasan 700 kps
- 3 bilik tidur
- 2 bilik air
SYARAT PERMOHONAN
Syarat permohonan untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Disewa Batu Arang, Labuan ini adalah:
- Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan kasar isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
- Pemohon dan pasangan belum memiliki rumah
CARA MOHON
Permohonan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Disewa Batu Arang, Labuan adalah melalui:
Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) secara dalam talian melalui laman pautan:
- https://sprn.kpkt.gov.my atau melalui SUK Perumahan Negeri
Untuk pemohon baru sila daftar dan lengkapkan maklumat-maklumat yang di minta untuk proses semakan.
Rujuk: Portal TEDUH : Mohon Rumah PPR, MyHome Dan Rumah Transit Online
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Projek Perumahan Rakyat (PPR) Disewa Batu Arang, Labuan, sila hubungi:
- Aras 30-38, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya - Telefon: 603-8891 4410 (Bahagian Perancangan Perumahan)
- Faks: 603 – 8891 4045
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.