Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Program Penempatan Silang (Cross Fertilisation Programme-PCF) & Cara Buat Permohonan

2,663

Pegawai Skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) dipelawa untuk mengikuti Program Penempatan Silang (Cross Fertilisation Programme-PCF) yang telah dibuka permohonannya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Pemohon diingatkan bahawa setiap permohonan adalah secara online sahaja dan anda boleh membuat semakan syarat kelayakan serta cara untuk membuat permohonan disini.

Baca juga: Pergerakan Rentas Daerah/Negeri Tujuan Kerja Tidak Perlu Surat PDRM, Surat MITI & Surat Majikan Sahaja

TARIKH PERMOHONAN PROGRAM PENEMPATAN SILANG (PCF)

Tarikh untuk permohonan Program Penempatan Silang PCF bermula:

  • 7 Mei 2021 hingga 4 Jun 2021

TEMPOH PENEMPATAN

Tempoh penempatan pula adlah seperti berikut:

  • 12 bulan (Ogos 2021 hingga Julai 2022) + 12 bulan (Ogos 2022 hingga Julai 2023 tertakluk kepada prestasi dan persetujuan pegawai serta persetujuan agensi penerima)

SYARAT PERMOHONAN PROGRAM PENEMPATAN SILANG (PCF)

Syarat permohonan untuk Program Penempatan Silang PCF ialah:

  • Pegawai Skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M44/M48/ M52.
  • Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan.
  • Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik.
  • Berumur tidak melebihi 47 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam skim perkhidmatan terkini.
  • Berprestasi cemerlang dengan markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurangkurangnya 90% bagi tiga (3) tahun terkini berturut-turut (2018, 2019, 2020).
  • Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh lima (5) tahun terkini.
  • Tidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman atau biasiswa JPA.
  • Tidak tersenarai untuk mendapat Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) atau Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB) bagi tahun 2021.
  • Bebas daripada pertuduhan/ tindakan tatatertib dan dakwaan mahkamah.
  • Pegawai yang pernah mengikuti Program PCF anjuran JPA tidak layak untuk memohon.
Syarat Tambahan: Setiap pemohon perlu menyediakan Curriculum Vitae dalam Bahasa Inggeris dan mendapatkan perakuan Ketua Jabatan melalui borang di LAMPIRAN 1 dan dimuat naik dalam permohonan secara dalam talian (online).

CARA MEMOHON

Untuk membuat permohonan anda perlu mohon secara online sebelum atau selewat-lewatnya pada 04 Jun 2021 (Jumaat), jam 5.00 petang di pautan berikut:

Program Penempatan Silang (Cross Fertilisation Programme-PCF) & Cara Buat Permohonan

  • Isikan semua maklumat dan klik HANTAR untuk menghantar permohonan anda.

TEMUDUGA

Calon yang berjaya dalam saringan/pemilihan temuduga akan dihubungi melalui e-mel bagi urusan temu duga. Sila pastikan alamat e-mel dan nombor telefon adalah aktif dan boleh dihubungi.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat dan pertanyaan sila hubungi:

 

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...