Tempoh Moratorium Renew Lesen Tidak Disambung, Urusan JPJ Sudah Boleh Dibuat Di Pejabat Pos Malaysia

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan bahawa moratorium bagi pelanjutan pembaharuan lesen tidak akan disambung lagi.

Sebelum ini tarikh pelanjutan untuk pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM) dan lesen memandu Malaysia (LMM) termasuk lesen vokasional (GDL/PSV) adalah sehingga 30 September 2021.

Malahan, selepas ini segala urusan JPJ juga sudah boleh dilakukan dipejabat Pos Malaysia termasuk urusan renew lesen memandu.

TARIKH URUSAN JPJ DI PEJABAT POS

JPJ juga telah mengumumkan bahawa urusan berkaitan JPJ sudah boleh dilakukan pada tarikh berikut:

  • 9 Ogos 2021

PEMANTAUAN PEMATUHAN & PENGUATKUASAAN

Aktiviti pemantauan pematuhan dan penguatkuasaan oleh agensi penguatkuasa JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dilaksanakan bermula:

  • 1 Oktober 2021

Orang ramai diingatkan agar memperbaharui lesen masing-masing yang tamat tempoh sebelum tarikh tersebut.

Pemilik kenderaan yang LKM tamat tempoh hendaklah memastikan kenderaan masing-masing memiliki perlindungan insurans sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan insurans jika diminta pihak berkuasa

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

URUSNIAGA SECARA ONLINE

Untuk memastikan orang ramai dapat renew lesen sebelum tamat tempoh moratorium pelanjutan pada 30 September 2021, JPJ menggalakkan orang ramai untuk membuat urusan secara online melalui:

Langkah-Langkah Renew Lesen & Roadtax Sepanjang PKP, Online Melalui mySikap

 

Sebarang urus niaga yang tidak dapat dilaksanakan secara dalam talian boleh dibuat di kaunter JPJ secara janji temu (online appointment/ call-in)

KENYATAAN MEDIA

Berikut adalah kenyataan media mengenai tempoh moratorium bagi pelanjutan pembaharuan lesen yang tidak disambung lagi pada 30 September 2021 untuk rujukan anda.

No photo description available.

May be an image of text that says 'Selain itu, JPJ juga akan memastikan bekalan/stok dokumen keselamatan LKM dan LMM adalah mencukupi bagi tujuan urusniaga pembaharuan LKM dan LMM oleh orang ramai. Walau bagaimanapun, orang ramai adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi semua SOP Covid-19 yang ketat bagi tujuan mengelakkan daripada berlakunya penularan virus ini. JPJ amat komited dalam memastikan penyampaian perkhidmatan awam dan penguatkuasaan dilakukan secara efektif dan efisien bagi menjamin kelestarian industri pengangkutan jalan di Malaysia. IBU PEJABAT JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA -TAMAT- 2'

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.