Resepi Ikan Kicap Thai Malay Untuk Berbuka Puasa, Sedap & Mudah Disediakan

Sepanjang bulan Ramadan, masyarakat Islam di Malaysia mempunyai waktu yang singkat untuk mendapatkan tenaga dan khasiat yang cukup kerana mereka tidak boleh makan dan minum lebih daripada 12 jam sehari, iaitu dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Oleh itu, mereka yang berpuasa perlu menggunakan dua waktu makan yang dibenarkan sehari iaitu sahur dan iftar (berbuka puasa) dengan sebaik mungkin.

Daripada menggandakan jumlah makanan sewaktu berbuka atau sahur, adalah lebih baik bagi anda menumpukan kepada kualiti dan jenis makanan yang dimakan supaya kesan-kesan negatif berpuasa di bulan Ramadan dapat dielakkan.

Jom dapatkan resepi yang mudah dan lazat iaitu resepi Ikan Kicap Thai Malay untuk dimasak sebagai juadah berbuka puasa nanti.

Baca juga: Contoh Doa-Doa Ringkas Dibaca Sebelum Berbuka Puasa, Salah Satu Waktu Mustajab Berdoa

RESEPI IKAN KICAP THAI MALAY

Untuk menyiapkan resepi Ikan Kicap Thai Malay, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 keping ikan Tenggiri
  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 4 biji cili padi
  • 2 tangkai daun bawang
  • 20 gram gula kabong/gula merah
  • 2 sudu besar kicap ikan
  • 1 sudu besar kicap lemak
  • 1 sudu kecil garam
  • Minyak untuk mengoreng ikan

LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN

Langkah-langkah penyediaan untuk resepi Ikan Kicap Thai Malay adalah seperti berikut:

  • Bersihkan ikan. Lumur sedikit garam. Panaskan kuali, masokkan minyak. Gorengkan ikan hingga garing. Angkat, ketepikan.
  • Tumiskan bawang putih yang telah dihiris nipis hingga wangi. Masokkan gula kabong/gula merah. Tambahkan kicap ikan, kicap lemak dan air.

Resepi Ikan Kicap Thai Malay Untuk Berbuka Puasa, Sedap & Mudah Disediakan

  • Bila mendidih, masukkan bawang merah, daun ketumbar, cili padi dan daun bawang.
  • Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng tadi.

Resepi Ikan Kicap Thai Malay Untuk Berbuka Puasa, Sedap & Mudah Disediakan

EMPAT JENIS MAKANAN TERBAIK UNTUK BERBUKA YANG SIHAT

Berikut adalah cadangan makanan terbaik untuk berbuka yang sihat iaitu:

1. Jus Buah atau Air Kelapa

Selepas seharian berpuasa, tubuh anda akan kekurangan glukosa. Untuk mengembalikan glukosa ke tahap normal, anda boleh mengambil jus buah kegemaran anda yang segar dan bukan daripada kordial sebelum anda menjamah makanan berbuka. Air kelapa yang segar juga boleh menghidrat dan mengembalikan elektrolit yang hilang di siang hari.

2. Sup, Stew dan Bubur

Makanan jenis ini amat sesuai dimakan selepas seharian berpuasa kerana air rebusan dan sup sangat senang dihadam perut. Anda boleh mencuba stew daging atau sup sayuran dan tambahkan dengan pelbagai jenis kekacang dan lentil atau pasta untuk zat makanan. Sup juga merupakan satu cara untuk menambah pengambilan cecair sebagai tambahan kepada air atau jus. Semestinya bubur lambuk adalah pilihan yang sangat popular!

3. Buah-buahan dan Sayur-sayuran

Sayuran hijau seperti brokoli, saderi, asparagus dan bunga kubis adalah pilihan yang baik untuk berbuka puasa. Ia rendah asid dan boleh mengawal gejala ketidakhadaman, asid refluks atau sakit gastrik yang anda mungkin alami. Elakkan buah-buahan sitrus kerana ia berasid dan boleh menjadikan masalah penghadaman lebih teruk. Ambil pisang, tembikai atau tembikai susu kerana ia lebih lembut dan tidak akan mengakibatkan sakit perut.

4. Snek Cara Sihat

Anda mungkin terasa seperti mahu makan lebih daripada biasa atau mula mengidamkan snek manis dan masin. Pastikan anda mengekalkan bahagian makan malam seperti biasa dan ambil pemanis mulut atau snek dalam kuantiti sedikit selepas berbuka. Anda boleh mengambil satu atau dua cawan buah-buahan, smoothie, atau yoghurt. Ini adalah pilihan bernutrisi yang mengenyangkan dan boleh mengurangkan risiko masalah penghadaman dan penambahan berat badan. Elakkan makanan masin, pedas atau bergoreng sebelum tidur.

Baca juga: Doa Berbuka Puasa Sendirian & Doa Berbuka Puasa Beramai-Ramai

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.